Pelawak Shuk Sahar baru-baru ini telah meminta pertolongan pembantu rumah untuk menggel£dah seluruh kawasan dalam kediamannya bagi mencari dokumen penting berkaitan mas@lah jantung Fara Salleh, yang didakwa berada dalam simpanan.
Enggan terus dipersal@hkan dan dituduh menyembunyikan dokumen tersebut, Shuk atau nama sebenarnya, Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, berkata, dia terpaksa meminta pertolongan pembantu rumahnya itu.
"Kak saya cuma nak tanya, akak dah cari seluruh rumah ini ada tak dokumen jantung? Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung itu. Nanti boleh tak akak tolong cari di seluruh rumah, cari dalam kereta saya semua.
"Kalau ada, akak beri pada saya ya," ujar Shuk yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial miliknya.
Dalam perkongsian tersebut, Shuk dan wanita yang dipercayai pembantu rumahnya itu tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan Fara yang mengatakan dia menyimpan dokumen penting berkaitan mas@lah jantungnya.
Malah pembantu rumah Shuk itu mendakwa Fara meminta pertolongannya untuk mengemas barang sebelum meninggalkan rumah.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Fara memuat naik hantaran di media sosial miliknya memaklumkan, dia masih belum menerima dokumen diagn0sis jantung yang berada dalam simpanan Shuk.
Dakwa Fara, dokumen tersebut diperlukan bagi memudahkan proses melahirkan cahaya mata pertamanya dan menganggap Shuk sengaja ingin menyuk@rkan urusannya.
Pada November tahun lalu, Fara mendedahkan mempunyai mas@lah jantung dan terk£jut apabila dia disahkan hamil ketika melakukan pemeriksaan kesihatan.
Jelas Fara lagi, dia sepatutnya menjalani op£rasi pemb£dahan jantung, namun pros£dur itu ditangguhkan.
Untuk makluman, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023. Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment