"Memang saya sangat terkejut dan kita tidak sangka dia yang terbabit. Tapi, itulah dunia sekarang ini, kita tak boleh jangka.
"Kadang-kadang orang itu baik, tiba-tiba sebaliknya pula. Kadang-kadang orang ini kita nampak 'jah@t', tapi sebaliknya. Jadi benda-benda ini, memang sekarang sangat suk@r dijangka."
Demikian ujar Presiden Seniman, Zed Zaidi, dimana dia mengakui terkejut dan tidak sangka penyanyi dan pelakon lelaki popular ditah@n atas dakwaan k£s am@ng s£ksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun.
Zed yang tidak menjangkakan individu tersebut terbabit dalam k£s sedemikian, berkata, penyanyi itu belum lagi didapati bersal@h dan sias@tan terperinci masih dijalankan pihak polis.
Biar undang-undang yang menentukan, Zed turut mengingatkan kepada golongan artis agar berhati-hati serta tidak terbabit dengan perbuatan yang terkait individu di bawah umur dan kanak-kanak.
"Sekarang ini, kalau yang membabitkan g@ngguan s£ksual dan juga c@bul terhadap kanak-kanak serta di bawah umur memang sangat s£rius.
"Cuma, kalau isu-isu yang membabitkan artis ini selalu mendapat liputan lebih meluas dan lebih pantas oleh pengamal media serta masyarakat.
"Jadi, kita sebagai artis kena berhati-hati dan jangan buat perkara yang p£lik-p£lik. Sebab apa, sekarang ini bila artis ditangk@p dan dia baru didakwa serta belum lagi bersal@h, kita tak boleh terus menuduh," katanya.
Semalam, hangat diperkatakan mengenai pelakon dan penyanyi popular ditah@n polis selepas didakwa melakukan am@ng s£ksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment