05 June 2025

RONNIE HUSSEIN TOLAK DAKWAAN TINGGALKAN HYPER ACT KERANA BERG4DUH, TAPI KERANA ISU PENGURUSAN



"Untuk pengetahuan mungkin ramai yang dengar cerita saya bersama dengan kumpulan lama saya Hyper Act berg@duh. Tapi padahal tidak pun. Cuma ada pers£lisihan faham dengan pengurusan lama.
"Jadi bila sekarang pengurusan lama tidak menguruskan Hyper Act, okay saja sebenarnya. Saya dengan anggotanya Hyper Act masih lagi berhubung dan kami pun pernah buat konsert tahun lalu.

"Saya rasa tak ada isulah. Sebab saya berp£cah dengan mereka pun bukan berg@duh atau apa-apa," itulah jelas penyanyi Ronnie Hussein atau nama sebenarnya, Shahron Hussein, 44.

Ronnie tampil menolak dakwaan dia berg@duh dan tidak berbaik dengan anggota Hyper Act selepas meninggalkan kumpulan itu pada sekitar 2015 lalu, sebaliknya disebabkan isu daripada segi pengurusan.

Selepas aktif bergerak sebagai penyanyi solo sekarang, bintang Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu menafikan s£rik untuk menyertai mana-mana band.

Dalam pada itu, katanya, dia sangat terbuka untuk menjalin kerjasama atau projek dengan band, sekiranya ada peluang yang sesuai untuknya.

"Saya pun senang bekerja dengan band, solo pun saya boleh. Tapi yalah siapa tahu kan pada masa depan saya akan ada band lainkan. Untuk bersama-sama dengan Hyper Act atau kerjasama, kita pun tak tahu kan," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: