Bapa kepada kepada penyanyi dikir barat yang popular dengan lagu 'Bea Soba Bea', Eda Ezrin iaitu Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, dia sudah menjangka penah@nan anak sulungnya itu akan dilanjutkan sehingga bulan depan, walaupun besar harapan mereka sekeluarga mahu menyambut Aidiladha bersama-sama.
"Eda Ezrin sering mer1ntih dan bertanyakan kepada kami bila dia akan dibebaskan, badannya juga kini semakin kurus selepas lebih tujuh bulan berada di Penj@ra Wilayah Narathiwat.
"Sedih, terkil@n, reda... Macam-macam dalam fikiran saya bila mengetahui penah@nan Eda Ezrin sekali lagi dilanjutkan sehingga bulan depan.
"Selepas bulan depan, kami juga tidak tahu apa nasib Eda Ezrin kerana dimaklumkan k£s itu boleh dirujuk ke Mahkamah Agung pula.
"Saya sendiri keliru sedangkan keputusan Mahkamah Wilayah Narathiwat pada 6 Mac lalu mendapati anak saya serta yang lain tidak bersal@h.
"Walaupun sedih, saya terpaksa reda dan akur dengan segala keputusan memandangkan undang-undang di negara sana (Thailand), tidak sama dengan negara kita," katanya yang mengulas mengenai lanjutan penah@nan anaknya serta menantu dan rakan mereka.
Jelas Wan Ismail lagi, menerusi pertemuan bekas isterinya dengan Eda Ezrin pada Khamis lalu, anaknya itu sendiri mer1ntih dan tertanya-tanya akan nasibnya bila dia akan dibebaskan.
"Sedih apabila mendengar cerita daripada ibu Eda Ezrin. Bekas isteri juga memaklumkan badan Eda semakin susut, mungkin kerana sudah lebih tujuh bulan di penj@ra dan sering memikirkan nasib yang men1mpa dirinya selain merindukan keluarga.
"Saya sendiri tidak sanggup untuk bertemu anak saya di penj@ra kerana terlalu sedih memikirkan apa yang berlaku. Disebabkan itu, hanya bekas isteri yang berjumpa setiap minggu dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada saya," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, dia yakin sehingga kini Eda Ezrin belum dimaklumkan bahawa penah@nannya itu sekali lagi dilanjutkan, namun dia berharap anak kesayangannya itu terus kuat.
Semalam, media melaporkan penah@nan Eda Ezrin atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30; dan suami serta empat rakan dilanjut sehingga 6 Julai depan.
Menurut sebuah portal, Mahkamah Wilayah Narathiwat sekali lagi meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan pembebasan Eda Ezrin, suami dan empat rakan mereka atas tuduhan bersama memiliki 6,059 biji pil meth@mphetam1ne.
Susulan itu, Eda Ezrin dan suaminya iaitu Mohd Affendi Ahmad, 35; serta rakan mereka, Eridieka Mohd Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, akan terus ditah@n di Penj@ra Pusat Narathiwat.
Pada 6 Mac lalu, mahkamah yang bersidang selama tiga hari iaitu 11, 13 dan 14 Februari membebaskan Eda Ezrin, suaminya dan empat rakan daripada tuduhan secara bersama memiliki untuk menjual 6,059 biji pil meth@mphetam1ne.
Bagaimanapun, mereka kekal di penj@ra kerana mahkamah membenarkan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap Eda Ezrin, suami dan empat rakannya itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment