14 June 2025

DEDAH ANAK-ANAK TAK PERNAH KENAL AYAH MEREKA - RAJA EMA AKUI TIADA PANGGILAN DARI KELUARGA SHEQAL : "SAYA IZINKAN ANAK-ANAK MELAWAT SHEQAL TAPI SAYA TIDAK AKAN HANTAR MEREKA"



"Setakat ini belum ada wakil keluarga Sheqal yang menghubungi untuk meminta anak-anak datang melawat. Jadi sebab itu saya terp£ranjat bila tiba-tiba timbul cerita minta anak-anak datang melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada. Bagi saya, hal keluarga patut diselesaikan antara kita saja. Sebab itu saya tulis di Facebook perlu ada adab.

"Sebagai ibu yang membesarkan anak-anak sendirian selama berpuluh tahun, mustahil saya boleh melakukan perkara ini seorang diri tanpa sokongan daripada ibu saudara dan adik lelaki saya. Mereka inilah yang ambil berat tentang anak-anak saya. Apabila berlaku perkara sebegini, saya tak boleh membelakangkan mereka."

Itulah kata pelakon era 1980-an, Raja Ema yang men£gaskan sehingga kini dia masih belum menerima sebarang panggilan daripada wakil keluarga bekas suaminya, Sheqal yang meminta dua anak mereka, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah datang melawat penyanyi itu yang kini sedang dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Raja Ema atau nama penuhnya, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, menjelaskan, dia terkejut apabila timbul kenyataan di media mengenai harapan agar anak-anaknya melawat bapa mereka, sedangkan tiada sebarang komunikasi rasmi dibuat terhadap dirinya atau ahli keluarga terdekat sebelum ini.

Menurut pelakon itu lagi, anak-anaknya yang dibesarkan tanpa figura seorang ayah sejak kecil itu tidak pernah mengetahui secara mendalam mengenai bapa mereka.

Klik untuk gambar besar

"Anak-anak saya ini okay saja, ibarat kain putih yang tidak tahu fasal bapa mereka. Saya cakap, pergilah tengok ayah, mereka ikut saja kemahuan saya. Saya izinkan anak-anak melawat Sheqal tapi saya tidak akan menghantar mereka kerana selama lebih 25 tahun membesarkan anak-anak sendirian, saya sudah banyak bertoleransi. Jadi harapan kami, semoga mereka pun boleh saling bertoleransi.

"Saya sudah maklumkan perkara ini kepada adik lelaki saya. Sekiranya mereka ada menghubungi, saya akan minta adik saya hantar anak-anak jumpa bapa mereka. Saya tidak akan pergi sebab sudah tiada apa-apa," jelasnya yang turut meluahkan rasa k£sal apabila didakwa cuba menghalang anak-anak daripada berjumpa bapa kandung yang terlantar di hospital.

"Ketika saya bercerai, anak-anak masih kecil, lebih-lebih lagi Al-Kasyah yang baru beberapa bulan dilahirkan. Ammar pula ketika itu baru berusia tiga tahun. Jadi mereka tak tahu sosok seorang bapa itu.

"Selama ini pun saya tak pernah cakap apa-apa, sebab kalau saya menjanjikan bulan bintang seperti beritahu siapa bapa mereka, tapi tiba-tiba bapa mereka tidak ambil peduli, sudah tentu akan mengecewakan. Jadi lebih baik saya diam kerana saya anggap bapa mereka adalah 'stranger'," ujarnya.
Terdahulu, isteri Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema supaya melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.

Menurut Normah, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi sejak berkahwin dengan penyanyi terbabit 25 tahun lalu.

Normah amat berharap kerana mungkin ini kali terakhir Sheqal berjumpa mereka memandangkan keadaan suaminya yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejak Khamis lalu dan ditidurkan masih tiada perubahan.

Untuk makluman, Raja Ema dan Sheqal berkahwin pada 1993 dan dikurniakan dua anak, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah. Pasangan ini bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan dan memiliki persefahaman.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: