14 June 2025

MENANG SAM4N FITN4H - BEKAS PEKERJA DIARAH BAYAR RM150,000 KEPADA PUTERI SARAH



Bekas pekerja kepada Puteri Sarah Liyana iaitu Nazatul Nazira Zainol Abidin telah diarah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk membayar ganti rugi RM150,000 kepada pelakon itu berhubung hantaran fitn@h dalam platform 'stories' di Instagram dan WhatsApp pada tahun lalu.

Mahkamah mendapati Puteri Sarah telah berjaya membuktikan tuntutan fitn@h dibuat Nazatul sehingga menc£markan reputasinya sebagai selebriti, usahawan dan ibu tunggal.

Selain ganti rugi, Nazatul juga diperintahkan untuk membayar kos perbicaraan sebanyak RM30,000 kepada Puteri Sarah, selain faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Nazatul jugadiperintah mahkamah untuk membuat satu aku janji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama, injunksi menghalang penerbitan lanjut kenyataan fitn@h dan perintah kepada defendan untuk membuat permohonan maaf bertulis serta menarik balik kenyataan tersebut di Instagram dan WhatsApp dalam tempoh tiga hari dari tarikh penghakiman.

Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, mahkamah turut menolak sepenuhnya tuntutan bal@s Nazatul selaku defendan terhadap plaintif (Puteri Sarah) dan memerintahkan kos sebanyak RM20,000 dibayar kepada plaintif selepas berjaya membuktikan pembelaan justifikasi.

Keputusan ini memberikan mesej yang jelas bahawa s£rangan fitn@h, terutamanya melalui media sosial, tidak akan dibiarkan dan reputasi yang dic£markan oleh tuduhan tidak berasas berhak mendapat pembelaan undang-undang.

Sementara itu, dalam satu kenyataan melalui peguam yang diwakili dari Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co., Puteri Sarah menyambut baik keputusan itu dan berharap ia menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak supaya bertanggungjawab dalam menggunakan platform media sosial.

Pada k£s terbabit, Puteri Sarah diwakili empat peguam iaitu Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir, Azmi Tan Sri Dr Mohd Rais, Zulkifli Che Yong dan Mohamad Ikmal Bin Ibrahim.
Sebelum ini, Puteri Sarah memfailkan sam@n dan tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa membuat kenyataan fitn@h.

Menerusi tuntutan kenyataan fitn@h dikongsinya di media sosial, terdapat lima bukti kenyataan dibuat, antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dad@h.

Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang b0doh somb0ng, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitn@h dilemp@rkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: