14 June 2025

HAMPIR 15 TAHUN BERSAMA DRAMA BAND - AEPUL ROZA KETEPIKAN EG0, JAGA HUBUNGAN : "NAK KATA TINGGALKAN MEMANG TIDAK ADA DALAM KAMUS HIDUP"



"Saya sangat hormati semua sahabat dalam Drama Band kerana kami bergerak, bekerja atau dalam persahabatan semuanya kami letakkan eg0 di tepi.
"Keharmonian antara kami memang sangat dijaga, kalau ada eg0 pun cumanya di atas pentas yang ingin ditunjukkan kepada peminat dan bila di belakang pentas atau belakang tabir kami (Drama Band) adalah kawan rapat.

"Saya pernah buat secara solo tapi saya lebih selesa dengan Drama Band sebab ada kelainan, nak cakap kata tinggalkan memang tidak ada dalam kamus hidup sebab pernah bersus@h payah nak bina nama Drama Band ni."

Demikian ujar vokalis Drama Band, Aepul Roza dimana dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan itu yang sudah 15 tahun bersama, meskipun pernah tampil bergerak solo.

Kata Aepul atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 38, hubungan rapat antara ahli kumpulan itu membuatkan dia tidak tergam@k untuk meninggalkan kumpulan itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: