"Saya tertanya-tanya, kenapa hidup saya begini? Jadi dari situlah saya kaji.. saya hilang cinta Allah sebenarnya, tak ada benda itu dalam hidup saya. Sebab itu hidup saya tak sempurna.
"Apabila saya beransur-ansur mendekatkan diri dengan Al-Quran dan sebagainya, di situ saya nampak betapa besarnya cinta Allah pada saya.
"Allah tidak pernah meninggalkan saya walaupun saya lupa padaNya, diberi sahaja apa yang saya mahukan.
"Sekarang ini pun, Dia jentik saya dalam keadaan yang baik, bukannya saya kehilangan benda-benda yang besar untuk saya berubah."
Itulah kata Nora Danish dimana pelakon itu berkongsikan detik dirinya menyedari bahawa dia hilang cinta daripada Allah ketika dia tertanya-tanya mengenai hidupnya pada satu ketika.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nora kini mahu menimba ilmu agama dan apa yang dilakukannya ini kerana Allah serta mengharap cinta daripada Yang Maha Esa.
"Saya dalam proses untuk mendalami lagi rasa cinta kepada Allah supaya saya tidak berharap bahagia pada orang, supaya saya boleh hidup tenang, buat sesuatu dengan ikhlas dan tidak memerlukan bal@san daripada orang.
"Sebab saya buat semua kerana Allah, memang mengharapkan cinta Allah semata-mata. Jadi Insya-Allah, dari situ Allah akan menemukan saya dengan cinta di dunia yang akan membawa saya ke syurga," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment