Baru-baru ini, seorang individu telah memuat naik sesi siaran langsung (live) pelakon dan model, Nasha Aziz dimana video itu memaparkan selebriti itu sedang membersihkan kawasan kubur.
Perkongsian individu itu menerusi hantaran di media sosial telah menjadi tular selepas ia mendapat perhatian ramai.
Nasha ketika sesi live itu, Nasha turut menjawab persoalan netizen mengenai rezeki diberikan Allah dan dia akan gunakan untuk kembali berbakti.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nasha memberitahu, dia membersihkan kawasan perkuburan kerana banyak sampah seperti botol air serta bunga yang dibuang merata.
"Beli bunga mereka camp@k je. Mereka bawa botol air untuk siram arwah, mereka camp@k je. Taman perkuburan ini jadi seperti tempat pembuangan sampah," tuturnya.
Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata netizen kagum dengan tindakan pelakon itu serta mendoakan agar apa yang dilakukan oleh Nasha itu dibal@s dengan kebaikan.
Malah, ada yang meninggalkan komen pernah terserempak dengan Nasha ketika berada di surau dan memuji kecantikan pelakon itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment