"Biarpun saya pernah katakan reda dengan ketentuan ini, namun hakikatnya, saya belum reda. Bagaimanapun, saya cuba pujuk hati untuk terima semuanya dengan berlapang dada.
"Perasaan rindu datang setiap kali saya bawa kereta. Sebelum ini, arwah akan menemani ke mana sahaja saya pergi. Saya ada mas@lah penglihatan dan dialah bantu tunjuk arah jalan berdasarkan 'waze'.
"Masih terngiang-ngiang arwah mengerang kes@kitan dalam kereta akib@t kans£r payud@ra dihidapinya. Untuk meredakan keadaan, saya akan bawa arwah berjalan-jalan dan pulang ke rumah sebelum subuh.
"Antara barang arwah yang saya jadikan kenangan dan masih simpan adalah pakaian serta bantal arwah yang saya guna untuk lapik tubuhnya ketika dalam kereta."
Demikian kata pelakon veteran, Harun Hashim, 69, dimana di sebalik raut wajahnya yang tenang dan tutur bicara tersusun rapi, ada lara yang tersimpan jauh di lubuk hatinya.
Kata Harun, pemergian isteri tercintanya, Allahyarham Sakinah Ganjali pada penghujung tahun lalu, cukup membekas buat dirinya dan sehingga hari ini, pelakon itu akui, masih lagi merasai s@kit menanggung b£ban rindu disebabkan kehilangan.
Akuinya lagi, agak suk@r untuk menerima takdir sudah tertulis buatnya, perasaan selepas tujuh bulan pemergian arwah isteri, Harun, 69,
Pada 21 November tahun lalu, isteri pelakon itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 48 tahun di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akib@t kans£r payud@ra tahap empat.
Demi kasih dan sayang terhadap arwah, Harun memaklumkan dia sanggup berpindah rumah yang lokasinya tidak jauh dari tempat isterinya disemadikan.
"Selepas arwah selamat dikebumikan, saya terus cari rumah sewa berdekatan dengan tanah kubur. Sekarang, jarak dari rumah ke kubur hanya tiga kilometer sahaja. Sebelum ini, agak jauh juga.
"Saya tak kisah orang nak cakap apa. Bila sudah dekat, saya boleh datang pada bila masa-masa sahaja. Kadang-kadang, sampai tiga kali sehari.
Selain bacakan surah Yasin, saya akan berkongsi perasaan yang hidup sunyi selepas kehilangannya," luahnya yang sebelum ini.
Sementara itu, Harun turut menjelaskan, dia masih mampu menguruskan diri sendiri, biarpun dalam keadaan kesihatan kurang mengizinkan.
"Saya tinggal seorang diri. Anak-anak datang menjenguk kalau mereka ada masa terluang. Kalau lapar, saya akan keluar beli makanan dengan menunggang motosikal atau memandu kereta jika hujan.
"Saya gagahkan juga bawa kenderaan sebab tak ada siapa nak bantu saya. Biasanya, saya ikut jalan dalam yang dikelilingi pokok kelapa sawit. Kalau ikut jalan biasa, ada banyak kenderaan dan mata saya pula tak nampak. Itupun bila memandu, saya main agak-agak sahaja," kongsinya.
Disamping itu, ditanya mengenai sambutan Aidiladha yang diraikan seluruh umat Islam hari ini, Harun berkata, rutinnya sudah berubah selepas pemergian Allahyarham Sakinah.
"Ketika sambutan Aidilfitri lalu, masa saya banyak dihabiskan di masjid dan nampaknya Aidiladha juga saya akan duduk di masjid sahaja. Saya kena reda situasi yang dihadapi, tidak sama dengan apa yang pernah saya lalui sebelum ini," ungkapnya.
Dalam pada itu, ujar pelakon berkaliber itu lagi, masih segar dalam ingatan mengenai kebaikan dan peng0rbanan arwah isterinya sepanjang hidup bersama.
"Berikutan mas@lah kesihatan dihadapi, saya memang tak boleh bekerja. Arwah membantu saya mencari pendapatan dengan berniaga.
"Berkat dijaga arwah ketika s@kit, daripada saya tak boleh berjalan akhirnya boleh berjalan. Saya masih ingat lagi kami bersama cari tin kosong untuk dijual. Kami keluar rumah sebelum Harun berkata, dia masih mampu menguruskan diri sendiri.
"Kami tak pernah berenggang dan sus@h senang tetap bersama. Bila arwah tiada, saya seperti patah kaki kerana kerjaya lakonan pun banyak diuruskan arwah," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment