07 June 2025

SEMPENA AIDILADHA - NABILA RAZALI KONGSI WAJAH COMEL ANAK SULUNGNYA, 'NIK MUHAMMAD'



"Salam Aidiladha buat semua. Moga peng0rbanan dan amal ibadah kita menjadi bekalan yang diberkati dunia dan akhirat. 🤲🏻

"Baby M pun dah berumur 5 bulan, and now is the right time untuk Bella perkenalkan Baby Nik Muhammad Bin Nik Iruwan 🤍

"Terima kasih buat semua, selalu doakan baik-baik buat Baby M, moga yang indah sahaja buat kalian."

Itulah tulis penyanyi dan pelakon, Nabila Razali atau nama sebenarnya, Nur Nabila Mohd Razali, 33, dimana dia akhirnya mendedahkan wajah dan nama anak sulungnya selepas 5 bulan dilahirkan.

Klik untuk gambar besar

Dalam perkongsian itu, Nabila memberitahu, dia dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani telah sepakat memilih nama Nik Muhammad untuk anak lelaki mereka yang digelar 'Baby M' itu.

Sebelum ini, Nabila menjemput orang ramai untuk hadir ke majlis akikah anak lelakinya itu di Kota Bharu pada hari ini iaitu 7 Jun bersempena Hari Raya Aidiladha.

"Alhamdulillah, tahun ini Bella berkesempatan beraya di Kelate! Buat semua sek kito, jumpo jak lagi kat Majlis Aqiqah Baby M okay 😍," katanya.
Majlis akikah itu diadakan di Franky Corner bermula pukul 3 petang sehingga 5 petang.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nik Iruwan pada 18 November 2023.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang digelar sebagai 'Baby M' pada 23 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: