"Alhamdulillah, Amar pulang Khamis lalu. Jika tidak penerbangannya sampai Jumaat, tapi Alhamdulillah, tiba awal. Kalau diikutkan, Amar cakap tiga bulan melengkapkan misi pengembaraan, namun hanya sebulan lebih sahaja.
"Ia direncanakan selama tiga bulan sebab nak lalu India dan Pakistan, tapi tidak boleh, jadi dapatlah pendekkan masa.
"Sebelum bergerak, saya sedih jugalah fikir saya akan raya seorang diri, tapi saya fikir tak mengapalah.
"Nampaknya, Allah izinkan saya dapat beraya dengan suami. Alhamdulillah, kami dapat berpuasa pada Hari Arafah bersama."
Demikian tutur pelakon Amyra Rosli yang meluahkan rasa syukur apabila dapat meraikan Aidiladha bersama suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin.
Kata Amyra, dia menjangkakan suaminya itu tidak akan pulang menyambut Aidiladha bersamanya dan keluarga memandangkan pengembaraan 'Journey To Tanah Haram' dijangkakan mengambil masa tiga bulan.
Disamping itu, Amyra turut berkongsi mengenai keadaan terkini Amar, dimana suaminya itu dalam keadaan baik dan akan mengadakan majlis kesyukuran secara kecil-kecilan bersama keluarga, malam ini.
"Keadaan Amar baik kerana cukup rehat di Madinah selama lebih kurang lima hari. Lega dapat jumpa suami. Benda pertama Amar cakap bila jumpa, dia rindukan kami," katanya.
Ditanya pula mengenai peng0rbanannya sebagai isteri, Amyra atau nama sebenarnya, Nur Amira Izzati Rosli, berkata, dia menyokong minat suami dan sentiasa berfikiran p0sitif.
"Sebenarnya, saya tidaklah berk0rban sangat, cuma izinkan sebab itu minat Amar. Saya kena sokong apa suami suka. Apa yang dilakukan pengalaman yang jarang orang lain dapat.
"Saya tidaklah banyak benda baru yang diuruskan, tapi saya belajar untuk menjadi lebih berdikari. Saya suka uruskan hidup sendiri dan bila Amar tiada pun, saya mampu uruskan sendiri.
"Saya boleh uruskan semua benda dengan baik, dari segi anak, keluarga, kerja, urusan rumah tangga dan segala-galanya. Sebenarnya, Allah beri peluang untuk saya merasakan pengalaman berdikari," ujarnya.
Untuk info, misi kayuhan Amar dan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin di bawah program #JourneyToTanahHaram ditamatkan di Madinah.
Amar dan Qobin yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia, memulakan kayuhan dari Perlis merentas ke beberapa negara lain seperti Thailand dan Iran, sebelum tiba di Arab Saudi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment