"Alhamdulillah syukur ya Allah, 🤲🏻 5 Jun 2025, bersamaan hari wukuf di Arafah, lahirlah puteri kami di Royal Derby Hospital, United Kingdom (UK).
"Yang lebih istimewa, tarikh 5 Jun juga merupakan tarikh lahir saya sendiri. Syukur atas segala nikmat dan rezeki Allah. Terima kasih isteriku yang kuat dan sabar melahirkan zuriat ini.
"Terima kasih atas segala doa dan ucapan yang dikirim daripada keluarga, sahabat dan kenalan. Kami amat menghargainya. Doakan agar anakanda membesar dengan sihat, menjadi insan yang solehah, penyeri dunia & akhirat."
Itulah tulis penyanyi dan anggota kumpulan nasyid UNIC iaitu Dr Fitri Haris, dimana dia melahirkan rasa syukur apabila isterinya, Fazilah Omar selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka yang merupakan seorang bayi perempuan, pada jam 4.40 petang, 5 Jun lalu di Royal Derby Hospital, Derby, United Kingdom (UK).
Apa yang lebih istimewa, Fitri dan bayinya yang dilahirkan dengan berat 2.69 kilogram itu berkongsi tarikh lahir sama serta meluahkan rasa syukur atas kelahiran puteri terbaru ini, selain sedang mencari nama yang sesuai.
Klik untuk gambar besar
"Dia kini stabil selepas pros£dur pemb£dahan dan diberikan b1us separa (spinal anesth£sia). Ia adalah pemb£dahan ketiga yang El lalui dan doktor menasihatkan dia agar tidak hamil lagi kerana ris1konya tinggi.
"Nama (bayi) sudah ada, namun masih belum dimuktamadkan. Saya turut menitipkan doa agar anak perempuan saya menjadi seorang Srikandi Islam yang hebat.
"Anak saya adalah warga negara Malaysia. Proses pendaftaran kelahiran akan dilakukan terlebih dahulu di UK, sebelum mendaftar di Kedutaan Malaysia di London, memandangkan bayi dilahirkan di luar negara.
"Alhamdulillah... ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat," kata Fitri yang juga Pensyarah Kanan School of Creative Industry Management and Performing Arts (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia.
Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Disember 2019 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki, Bilal Habibi.
Fitri juga memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Sofea Solehah, 21, menerusi perkahwinan terdahulu.
Manakala Fazilah pula, dia pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini dan dikurniakan seorang anak lelaki, Qalish Rayyan Adam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment