"Allah beri saya rezeki, isteri yang baik ibu bapa saya sihat, anak-anak saya pandai-pandai, hari ini makan wagyu.
"Harga sekilo RM1,600 tapi saya dapat daripada kawan baik dan dia beri 50 peratus diskaun. Jadi saya beli 4kg memang murah... dalam RM4,000 lebih."
Demikian kata suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih mesra dengan sapaan Opai, dimana dia berkongsi juadah istimewa rendang yang dimasak dengan menggunakan daging wagyu permium bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Opai berkata, dia sendiri yang mencadangkan agar rendang tahun ini dimasak menggunakan daging jenis itu, khususnya bahagian batang pinang (tenderloin) kerana pilihan daging tersebut bagi menghasilkan tekstur lebih lembut dan rasa yang mewah.
"Rendang ibu, isteri dan bibik saya buat. Mereka minta saya belikan daging. Saya sarankan untuk guna daging A5 Miyazaki MB11 ataupun MB12.
"Hari ini kita akan gunakan A5 Miyazaki tapi bahagian tenderloin. Dia tak berlemak macam sirlon dan ribeye.
"Untuk tenderloin atau fillet mignon, tekstur 'mabeling' macam ini memang sempurna," jelasnya yang turut mengakui keenakan rendang Wagyu itu setelah dimasak sepenuhnya.
"Duit tak boleh beri kebahagiaan tapi boleh beli wagyu," ujarnya lagi yang berpendapat, meskipun harga daging tersebut mahal, namun ia cukup istimewa apabila dapat dinikmati bersama keluarga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment