08 June 2025

SHEQAL MASIH DITIDURKAN : "DIPINDAHKAN BALIK KE ICU, UNTUK APA & MENGAPA SAYA TAK PASTI... BELUM ADA APA-APA PERUBAHAN" - ISTERI



"Nampaknya tak ada perubahanlah. Semalam di wad biasa. Selepas itu malam tadi sudah dipindahkan balik ke ICU. Untuk apa dan mengapa saya tak pasti. Mungkin itu pros£dur hospital kan.
"Jadi setakat pagi saya periksa, dia (Sheqal) masih lagi ditidurkan. Belum ada apa-apa perubahan. Jika ada apa-apa perubahan nanti, saya akan beritahu ya."

Itulah jelas isteri kepada penyanyi Sheqal, 60, iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, dimana dia pun tidak berapa pasti sebab suaminya itu dimasukkan semula ke ICU dan akan kongsikan perkembangannya jika ada berita baik.

Difahamkan, keadaan Sheqal atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin, yang ditidurkan sejak Khamis lalu, nampaknya masih belum menunjukkan perubahan dan terpaksa dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU), semalam.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Cinta Nusantara' pada era 1990-an itu dilaporkan ditidurkan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan sejak Khamis lalu.

Dalam pada itu, Normah memaklumkan, paras oksigen suaminya menurun dan dinasihatkan oleh doktor untuk ditidurkan.

"Pernafasannya tak stabil dan doktor nasihatkan ditidurkan kerana ada jangk1tan kum@n pada paru-paru dan juga paru-paru berair," katanya.

Untuk makluman, Sheqal kini perlu menggunakan kerusi roda akib@t empat kali dis£rang angin ahmar sejak 2020 dan terakhir tiga tahun lalu.

Sheqal turut menghidap s@kit buah pinggang tahap empat. Sebelum ini, Sheqal ada berkongsi, dia kini tidak lagi mampu bekerja sejak dis£rang angin ahmar sejak 2023.

Berikutan peny@kitnya, Sheqal berkata, perniagaannya terj£jas, malah tidak lagi boleh menyanyi, justeru itu, dia menzahirkan minatnya terhadap seni menerusi menulis dan melukis.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: