10 June 2025

HELIZA HELMI & ADIKNYA, HAZWANI TERSENTUH DIPELAWA AMELIA HENDERSON UNTUK SOLAT ISYAK



"Kami sangat terk£jut. Ketika itu azan Isyak. Tiba-tiba dia tanya kami dan beri ruang untuk kami solat. Perkara itu sangat menyentuh hati. Kami terharu sangat.
"Ini antara akhlak-akhlak yang kita boleh contohi. Amelia Henderson antara ikon yang boleh dijadikan contoh," demikian ujar adik kepada penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi.

Kata Hazwani, dia dan kakaknya itu sangat tersentuh pelakon Amelia Henderson terus bertanyakan serta menawarkan ruang untuk menunaikan solat sebaik saja azan berkumandang.

Selain Hazwani, Heliza turut kagum dengan tindakan hos iaitu Amelia yang mempelawa untuk menunaikan solat isyak.

Baru-baru ini, tular video di media sosial memaparkan Heliza dan adiknya itu dijemput ke p0dcast Studio Sembang.

Ketika p0dcast tersebut, turut menjadi perhatian apabila Heliza dilihat memberi perkongsian memberi manfaat bergelar sebagai 'public figure' kepada orang ramai.

Terdahulu, Amelia memeluk agama Islam semasa mendirikan rumah tangga bersama Tunku Dato' Harun. Namun pasangan itu bercerai pada 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: