"Kekma (Ema) ni walau dah usia macam ni masih ada family lagi.... Masih ada Bonda Hajjah Sukarni... Walau apa-apa tak boleh suka suka... Biar beradab, lebih lagi hal family (keluarga).. Jangan lupa adab..."
Itulah kata penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Raja Ema menerusi perkongsian di media sosial dimana ia telah menimbulkan persoalan ramai.
Hantaran terbabit dipercayai dibuat sebagai mengulas kenyataan isteri kepada bekas suaminya, Sheqal yang meminta anak-anak hasil perkahwinan mereka melawat ayahnya yang kini sedang s@kit.
Melihat pada tulisannya itu, Raja Ema atau nama sebenarnya, Raja Ema Raja Ibrahim, 56, meminta agar merujuk sesuatu perkara dengan ibu saudaranya yang juga pelakon Sukarni Jaafar.
Semalam, isteri Sheqal iaitu Normah Mohd Yusoff, 58, mengharapkan kedua-dua anak suaminya bersama Raja Ema agar melawat ayah mereka semasa hayatnya masih ada.
Katanya lagi, sejak berkahwin dengan penyanyi terbabit 25 tahun lalu, dia tidak pernah melihat mereka bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi.
Dalam pada itu, Normah amat berharap kerana mungkin ini kali terakhir Sheqal berjumpa mereka, memandangkan keadaan suaminya yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sejak Khamis lalu dan ditidurkan masih tiada perubahan.
Menurutnya dalam situasi Sheqal sedang k0ma, dia bercakap dengan suaminya bahawa akan menemukan dia dengan anak-anaknya itu.
Sementara itu, usaha media mendapatkan kenyataan Raja Ema tidak berjaya apabila dia tidak memberikan tind@k bal@s.
Terdahulu, Raja Ema berkahwin dengan Sheqal pada 1993 dan dikurniakan dua anak lelaki, Putera Ammar dan Putera Al-Kasyah, sebelum mereka bercerai pada 1999 kerana tidak lagi sehaluan serta sefahaman.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment