"Kadang-kadang kita terlalu sibuk cari yang sempurna, sampai lupa hargai yang sentiasa ada di sisi. Hari ini aku hadiahkan sebuah kereta, tapi hakikatnya takkan pernah cukup membal@s semua peng0rbanan dan kasih sayang yang dia beri."
Demikian ujar penyanyi Black Hanifah, 38, dimana dia menghadiahkan isterinya, Naquia Yasirah Mohd Khairi sebuah kereta mewah jenis Mercedes-AMG GLC43 sebagai k£jutan istimewa.
Black atau nama sebenarnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, menjelaskan, pemberian itu sebagai tanda penghargaan atas segala peng0rbanan dan kasih sayang isterinya tersayang sepanjang perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, asalnya Black cuma membuat ulasan kereta di sebuah pusat pameran, namun tanpa disangka, rupa-rupanya ia majlis penyerahan rasmi kereta mewah yang dibelinya lebih awal untuk isteri tercinta.
Klik untuk gambar besar
"Bukan sebab hari istimewa tapi sebab dia sendiri adalah istimewa. Hargailah orang yang kita sayang, bukan nanti bila dia tiada tapi sekarang, sewaktu dia masih tersenyum di hadapan mata," tuturnya.
Dakam perkongsian itu, isteri Black juga jelas sangat tersentuh kerana k£jutan itu benar-benar menjadi kali ini.
Tindakan romantis Black itu turut berjaya menyentuh hati ramai, dimana hantaran video itu dibanjiri kata-kata semangat dan doa agar mereka terus kekal bahagia.
"Alhamdulillah, semoga rezeki kalian terus melimpah ruah. Bahagia tengok suami yang hargai peng0rbanan isteri. Susah nak cari zaman sekarang. Saya bangga dengan awak Black.
"Bahagiakan isteri akan dimurahkan rezeki selalu. Respek. Semoga Black dan isteri terus setia dan bahagia selalu," itu antara komen netizen.
Untuk makluman, Black mendirikan rumah tangga bersama Naquia pada 13 September 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Khaleef Dayyan dan Rindu Dayyana.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment