13 June 2025

KONGSI WAJAH SUAMI BARU - SHARIFAH SAKINAH LUAH RASA GEMBIRA DAPAT MELUANGKAN MASA BERSAMA



Nampaknya pelakon Sharifah Sakinah menerusi media sosial miliknya, akhirnya berkongsikan wajah suami barunya yang dikenali sebagai Cyril Kongo.

Dalam perkongsian itu, Sakinah dilihat ada memuat naik beberapa keping gambar bersama suaminya menghadiri satu acara sebuah jenama jam tangan mewah.

Sakinah yang turut meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama suaminya itu ada memuat naik satu video menggelarkan lelaki tersebut sebagai 'laki' merujuk kepada suami.

Klik untuk gambar besar

Hasil tinjauan di media sosial individu berkenaan, Cyril merupakan seorang pelukis grafiti terkenal di Perancis.

Pada April lalu, Sakinah mengesahkan dia sudah berkahwin dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan artis terdekat, minggu lalu.

Bagaimanapun, Sakinah memohon maaf tidak dapat mendedahkan identiti suami barunya yang sudah dikenalinya empat tahun lalu kerana mahu menunggu masa sesuai untuk kongsikan berita baik itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: