12 June 2025

"KALAU ADA YANG RASA SAYA S4KIT, DOA-DOAKAN KESIHATAN SAYA" - DAFI GEMBIRA DENGAN PERTAMBAHAN BERAT BADAN SEKARANG, UCAP TERIMA KASIH KEPADA YANG PRIHATIN



Penyanyi dan pelakon Dafi atau nama sebenarnya, Gadaffi Ismail Sabri, 37, tampil menjawab dakwaan dirinya menghidap kans£r dar@h, dimana dia memohon semua peminat mendoakan kesihatan jika rasa dirinya s@kit.
"Kalau ada yang rasa saya s@kit, doa-doakan kesihatan saya. Buat masa sekarang, saya tiada apa nak beritahu.

"Sebelum ini, k£coh saya didakwa ambil bahan terlar@ng sebab terlalu kurus, sekarang berat dah naik sikit apa lagi orang nak cakap?

"Alhamdulillah, sekarang saya semakin sihat, semakin bulat. Tiada apa yang merisaukan, setakat ini tetapi teruskan doa saya sihat," katanya.

Dalam pada itu, Dafi turut mengulas mengenai dakwaan dirinya kerap ke hospital, dimana jelas penyanyi 'Bila Terasa Rindu' ini, kehadirannya ke sana untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ataupun menziarahi ahli keluarga yang s@kit.

"Pergi ke hospital itu perkara normal (biasa) kerana kadang-kadang ada saudara-mara yang dirawat di sana atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.

"Saya sendiri pun tidak sihat kerana ada asma. Jadi untuk ke hospital itu bukan satu benda yang p£lik. Secara umumnya, saya pergi ke hospital untuk buat pemeriksaan kesihatan, setahun sekali," tuturnya.

Gembira dengan pertambahan berat badannya sekarang, penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu juga mengucapkan terima kasih kerana ramai pihak yang prihatin dengan tahap kesihatannya.

"Senang nak naikkan berat badan, hanya makan saja cuma nak turunkan yang susah. Saya bersyukur apabila jumpa orang, mereka cakap saya nampak semakin sihat.

"Tidak pasti sama ada saya gembira atau tidak sebab selalunya berat badan naik orang akan kaitkan dengan benda neg@tif tetapi situasi saya berbeza pula.

"Saya selesa dengan berat badan sekarang. Sebenarnya, saya tidak suka bila orang risaukan keadaan diri saya. Kegembiraan saya datang apabila tidak merisaukan orang lain," ujarnya.

Terdahulu, perubahan fizikal Dafi yang nampak c£ngkung membuatkan ada pihak yang mendakwanya mengambil barang terlar@ng.

Namun, penyanyi itu menyangkal dakwaan terbabit dan menjelaskan dia mengamalkan diet seimbang serta kerap bersenam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: