20 June 2025

KENYATAAN BERCANGGAH, PEGUAM SANGKAL DAKWAAN FIKRY IBRAHIM - ISTERI KONGSI FOTO BERPEGANGAN TANGAN TARIK PERHATIAN



Semua sedia maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, 31, menerusi siaran langsung program Melodi malam tadi, dimana dia memaklumkan, isterinya iaitu Siti Khalizah Alihan hadir di mahkamah bagi menarik balik permohonan cerai.

Bagaimanapun, ada segelintir masyarakat mendakwa pelakon itu seakan mempermainkan urusan perceraian apabila kenyataannya itu bercanggah dengan peguam syarie yang mewakili isterinya, Wan Muhammad Afiq Mohd Razib, yang mengesahkan Siti Khalizah memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman dengan Fikry.

Berhubung perkara itu, Fikry bagaimanapun enggan mengulas, malah tidak peduli dengan tanggapan mereka, sebaliknya hanya bersyukur, selain tidak menafikan kenyataan peguam isterinya yang dikatakan tidak bercakap habis dengan pihak media.

Bukan itu sahaja, Fikry atau nama penuhnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, juga hanya menjawab 'surprise' ketika ditanya sama ada permohonan cerai itu akan diteruskan atau ditarik semula.

"Alhamdulillah! Terima kasih sangat-sangat datang. Cuma macam biasalah, saya sudah beri penjelasan dalam Melodi tadi," katanya kepada media ketika ditemui di Studio 2, Balai Berita Bangsar, di sini, malam tadi.

Disamping itu, Fikry turut mengulas isu rumah tangganya yang menjadi bualan hangat, dimana katanya, ia bukan g1mik semata-mata serta memaklumkan, isterinya menunggu dalam kereta, namun kelibat wanita itu tidak kelihatan.

"Ya (datang dengan isteri). Tak mungkin g1mik," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Siti Khalizah dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu,

Sementara itu, peguam isteri Fikry tampil menyangkal dakwaan pelakon dan pengacara terbabit dimana katanya, jika penarikan balik permohonan cerai dikemukakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, semalam, tiada tarikh tangguhan ditetapkan bagi prosiding permohonan cerai itu.

Klik untuk gambar besar

"Ya betul. Mahkamah beri tempoh yang panjang untuk berdamai. Sebenarnya, kalau ia ditarik balik, maka, tiada tarikh tangguhan dan mahkamah tidak akan beri tarikh itu. Kami mohon tarikh selanjutnya bagi menunggu pendirian atau jawapan dari plaintif (Fikry).

"Kalau kami tarik balik semalam, maka, selesailah. Tiada tarikh tangguhan. Tiada tarik balik dibuat semalam. Betul apa yang media laporkan semalam. Saya pun takkan hendak memaklumkan (kepada media) perkara bertentangan," tuturnya kepada Harian Metro.

Disamping itu, Siti Khalizah menerusi media sosial semalam, telah memuat naik gambar dia dan Fikri berpegangan tangan dengan keterangan ringkas.

"Terima kasih kepada yang mendoakan kebahagiaan kami," tulisnya yang turut menanda nama akaun sosial Fikry.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi dan menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan pengikutnya mengenai status rumah tangga mereka.

"Kalau boleh berbincang, berbincanglah baik-baik, tak payah sampai bercerai. Masih di dalam (fasa) baru berumah tangga. Ramai wanita di luar sana ingin memiliki suami macam Fikry. Akak beruntung dapat suami macam Fikry," tulis seorang netizen.

"Sebut pasal rumah tangga walaupun berpuluh tahun kahwin takkan pernah ada persefahaman. Yang penting, saling berbincang. Inilah namanya rumah tangga. Takkan ada yang sempurna. Jangan ambik jalan tengah untuk berpisah. Semoga dipermudahkan segala urusan," kata netizen lain pula.

Semalam, media meny£rbu Fikry selepas selesai bersiaran langsung dalam program Melodi untuk mendapatkan kepastian mengenai isterinya yang hadir di mahkamah untuk sebutan pertama k£s perceraian yang difailkan terhadap suaminya, Mei lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: