"Selepas menang (Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 - MLS4) itu ada tawaran lain tapi bukan komedi... jadi itu sebab mungkin orang tak nampak saya kerana memang tiada tawaran pun.
"Saya tiada jawapan untuk perkara tu, hanya penerbit saja yang ada jawapan dan tipu la kalau tak k£cil hati sebab saya menang program lawak banyak kali tapi langsung tiada tawaran daripada pihak stesen televisyen.
"Saya pernah bertanya tapi sampai sekarang tiada jawapan, malah kumpulan lain menang ada program untuk mereka tapi kenapa kumpulan Sarkas langsung tiada... kec£wa juga kenapa sampai jadi macam ni, sampaikan saya buat proposal sendiri."
Demikian ujar pelawak Danial Zaini dimana dia meluahkan rasa kec£wa kerana tiada program komedi diterbitkan khas buat kumpulannya iaitu Sarkas yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) tahun lalu.
Kata Danial atau nama penuhnya, Mohd Danial Mohd Zaini, 32, meskipun pernah bergelar juara program komedi beberapa kali, namun itu belum cukup kuat untuk menambat hati stesen televisyen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment