"Doakan isteri abang kembali sihat... baby dalam kandungan juga sihat 🤲🏻 Memula anak ketiga demam, mommynya jaga pastu sehari ja dah sihat budak tu... mommynya pulak badan panas tetiba, s@kit badan & sendi... Terbaring seharian, ajak pi hospital dia tak mau 🥺
"Tidak semestinya abah abang doktor, 3 adik adik abang yang lain juga doktor abang mewarisi ilmu kedoktoran untuk check isteri abang... No bukan begitu...
"Jadi abang terpaksa paksa isteri ke hospital swasta berdekatan untuk lakukan check up, dan ternyata isteri s@kit dan terpaksa di tah@n di wad kelas pertama. Abang mohon maaf bagi pihaknya sebab ada kerja shooting & live terpaksa di postpone sementara 🙏🏻."
Demikian tulis suami kepada pelakon Yana Samsudin, 40, menerusi media sosial miliknya, dimana dia memaklumkan keadaan isterinya itu yang terpaksa dirawat di sebuah pusat perubatan swasta di sini kerana mengalami dehidrasi sejak dua hari lalu.
Dalam perkongsian itu, Fadzil memuat naik gambar isteri sedang terlantar di hospital serta meminta pengikutnya untuk mendoakan kesihatan Yana yang dimasukkan ke wad sejak dua hari lalu.
Klik untuk gambar besar
"Pada mulanya, anak ketiga kami demam tetapi sehari selepas tu sudah baik dan Yana juga yang menjaganya di rumah. Selepas itu, Yana pula dapat demam dan s@kit-s@kit badan serta sendi, selain terbaring di katil hingga terpaksa dimasukkan ke pusat perubatan swasta.
"Justeru, saya juga mohon pada semua untuk doakan Yana dan bayi dalam kandungannya (kini berusia lebih lima bulan) yang juga anak keempat kami juga sihat," katanya.
Untuk makluman, Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 9, Aura Aisy Sofea, 5, dan Aisy Hakeem yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment