"Setakat ini, belum ada pihak penganjur konsert atau yang berkaitan hubungi saya dan isteri. Kami juga terbuka untuk berbincang mengenai isu hak cipta ini secara baik tanpa babitkan pihak mahkamah.
"Dia (AC Mizal) boleh kata apa pun tapi kami tetap dengan pendirian kami. Mematuhi undang-undang hak cipta dan hak kepada tuan punya harta itu semua sudah termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987.
"Jika mereka (penganjur) teruskan juga (konsert) tanpa persetujuan kami, mereka dan semua yang terbabit kena tanggung risikonya nanti."
Itulah kata komposer dan penerbit, Man Senoi, 72, yang menjelaskan, dia dan isterinya, Mama Rap atau Ramziah Mohamed Noor, 62, masih menunggu pihak berkaitan penganjuran konsert kumpulan 4U2C untuk tampil berbincang isu hak cipta terbabit.
Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri bagaimanapun, berkata, dia dan isterinya yang juga pemilik hak cipta lagu-lagu 4U2C, bersedia untuk berbincang bersama penganjur konsert 4U2C, WE 4U2C Live in Concert untuk menyelesaikan isu membabitkan mereka secara baik tanpa babitkan pihak mahkamah.
Disamping itu, t£gas Man Senoi, dia tetap dengan pendirian untuk menuntut haknya itu ketika mengulas dakwaan ketua kumpulan, 4U2C, Datuk AC Mizal yang memberitahu mereka melantik pihak bertanggungjawab dan mengikut saluran betul supaya tidak timbul isu hak cipta lagu pula.
Dalam pada itu, ditanya kenapa dia tidak membenarkan kumpulan 4U2C menyanyikan lagu ciptaannya, Man Senoi memberitahu, semua 25 lagu itu adalah hak ciptanya.
"Semua rakaman sebanyak 25 lagu nyanyian 4U2C itu adalah hak cipta kami dan semua lagu-lagu ciptaan kami juga tidak boleh digunakan (dinyanyikan) tanpa kebenaran. Datanglah berbincang kerana lagu-lagu itu adalah hak cipta kami," tuturnya.
Terdahulu, Man Senoi dan Mama Rap memberitahu mengenai hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert 4U2C, WE 4U2C Live in Concert yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan.
Klik untuk gambar besar
Pasangan suami isteri itu juga ada berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air.
Sementara itu, 4U2C memaklumkan, mereka mahu meneruskan projek WE 4U2C Live In Concert biarpun berdepan isu hak cipta lagu dengan Man Senoi dan isterinya.
Anggota 4U2C, Yanz berkata, isu dibangkitkan Man Senoi tidak mengg@nggu konsentrasi mereka mementaskan konsert mega yang dirancang di Idea Live Arena, Petaling Jaya, pada 15 September depan.
"Bagi saya, tiada perkara yang mengg@nggu fokus kami untuk menjayakan konsert kali ini. Apa yang mahu dilakukan sudah jelas. Kami fokus mempersiapkan diri sahaja.
"Sekarang kami sedang giat berlatih dan mempersiapkan konsep persembahan. Apa yang pasti, 4U2C tetap teruskan konsert seperti dirancang," jelas Yanz atau Mohd Suffian Muda, dimana dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan dibuat Man Senoi.
"Perkara itu saya tiada komen. Saya serahkan kepada syarikat pengurusan atau pihak yang lebih profesional untuk beri komen," tuturnya.
Konsert WE 4U2C Live In Concert anjuran Juss Event akan menghimpunkan tujuh anggota 4U2C iaitu AC, Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment