27 June 2025

GAG4L RAYUAN HAK JAGAAN ANAK - BEKAS ISTERI BAIM WONG SEBAK, AKUR DENGAN KEPUTUSAN : "MAMA SUDAH BERUSAHA SEKUAT TENAGA..."



"Mama sudah berusaha sekuat tenaga memperjuangkan kalian (Kiano dan Kenzo). Bukan berarti mama berhenti berjuang sekarang. Tapi, mama belajar bahawa kalian bukan milik mama sepenuhnya.

"Kalian adalah titipan Allah. Apa yang dititipkan, bisa (boleh) Allah ambil, atur dan jaga dengan caraNya sendiri. Mama percaya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

"Meskipun hati mama ingin terus memeluk dan mendampingi kalian setiap hari, tapi mama belajar untuk berserah. Cinta yang sejati tahu kapan (bila) harus menggenggam dan melepaskan."

Demikian tulis bekas isteri kepada pelakon dan pengarah Indonesia, Baim Wong iaitu Paula Verhoeven, 37, dimana dia terpaksa berlapang dada selepas gag@l dalam k£s rayuan dibuatnya bagi mendapatkan hak penjagaan ke atas dua anak lelakinya, Kiano, 4, dan Kenzo, 3.

Paula yang meluahkan perasaan sedih dirasai menerusi hantaran dimuatnaik dalam media sosial, memaklumkan, dia sudah berusaha habis baik mendapatkan hak penjagaan.

Bagaimanapun, Paula yang merupakan seorang model juga pelakon Indonesia, akur dengan keputusan daripada Pengadilan Tinggi Agama yang memutuskan hak asuh anak diberikan kepada bekas suami selepas sah bercerai pada 16 April lalu.

Menurut bekas isteri Baim itu lagi, dia sudah reda dengan keputusan itu bukan disebabkan memilih untuk menyerah, tetapi percaya bahawa Allah jauh lebih mampu menjaga anak-anaknya berbanding siapa pun.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Paula berkata, walaupun keputusan dibuat pihak Pengadilan Tinggi Agama Jakarta tidak berpihak kepadanya untuk hak penjagaan itu, namun dia berjanji cinta serta kasih sayang terhadap anaknya tidak akan pernah g0yah.

Terdahulu, kem£lut rumah tangga pasangan ini menjadi perhatian ramai apabila Baim memfailkan perceraian dengan alasan Paula dikatakan berlaku cur@ng dengan sahabat sangat dikenalinya.

Paula yang enggan bercerai itu sudah pun tampil memohon maaf kepada Baim, termasuk men£pis dakwaan cur@ng sebagaimana difailkan bekas suaminya itu.

Meskipun sudah membawa haluan hidup masing-masing, Paula sebelum ini pernah memaklumkan, dia menganggap sepanjang tempoh perkahwinan bersama Baim adalah saat terindah dalam hidupnya.

Perkahwinan selama enam tahun yang dibina mereka itu turut disifatkan Paula banyak mengubah kehidupannya menjadi seorang wanita yang lebih baik.

Untuk makluman, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018, namun pelakon lelaki itu memfailkan perceraian mereka pada 7 Oktober tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: