Nampaknya penyanyi Yasin Sulaiman kelihatan semakin sihat dan ceria sejak ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Tanjung Rambutan, Perak.
Malah, berat badan Yasin atau nama sebenarnya, Muhammad Yasin Sulaiman, 50, semakin berisi berbanding ketika k£s dad@h melibatkan dirinya sedang dibicarakan di mahkamah.
Penampilan terbaharu pelantun lagu 'Mimpi Laila' itu dikongsi Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan iaitu Muhammad Kamil Abdul Munim ketika menziarahi Yasin di HBUK pada Khamis.
Kamil membuat kunjungan itu selepas terlibat dalam menghadiri beberapa program komuniti di kawasan Parlimen Tambun, mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Diberi kesempatan untuk menziarahi sahabat yang juga seorang pejuang, saudara Yasin Sulaiman yang kini berada di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan (Perak)."
Klik untuk gambar besar
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen bersyukur melihat keadaan Yasin yang semakin sihat dan mendoakan segala urusan penyanyi itu dipermudahkan.
Terdahulu, Yasin pernah kehilangan berat badan sebanyak 18 kilogram (kg) kerana menghidap peny@kit tir0id ketika berada di penjara sejak November 2022.
Malah, abang Yasin iaitu Zain Sulaiman mengakui adiknya itu terlalu kurus sehingga menampakkan tulang.
Pada 28 April lalu, Yasin menarik nafas lega apabila kekal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan atas tiga pertuduhan berkaitan dad@h.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali selepas membenarkan rayuan akhir Yasin selaku perayu untuk mengetepikan hukvman Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menj@tuhi hukvman penj@ra seumur hidup dan 16 sebatan.
Meskipun dilepas dan dibebaskan, Yasin ditempatkan di HBUK selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Pada 22 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Norsharidah Awang menj@tuhkan hukvman itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan selaku perayu ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Faiz Dziyauddin yang melepas dan membebaskan Yasin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment