27 June 2025

BILA NETIZEN BANDINGKAN ADIK-BERADIK INFLUENCER : "AMEERA KHAN 'TRY H4RD', 'P1CK ME GIRL', ATISHA KHAN LEBIH TENANG & ADA IDENTITI SENDIRI"



Semua sedia maklum mengenai pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol, dimana hubungan mereka menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Meskipun nama Ameera ketika ini menjadi sebutan, namun nama kakaknya iaitu Atisha Khan yang juga merupakan pensohor media sosial turut mendapat perhatian ramai.

Kata netizen, mereka lebih kagum akan keperibadian Atisha yang lebih matang dan tidak menonjol dengan kehidupan peribadi di media sosial.

Perbandingan yang dibuat netizen itu boleh diibaratkan 'langit dan bumi' apabila rata-ratanya lebih mengagumi personaliti Atisha yang sederhana dan sering memuat naik kandungan bermanfaat di media sosial.

Klik untuk gambar besar

"Atisha sangat calming. Dia berkongsi perkara-perkara yang memberi nilai tambah, tidak terlalu menj0lok mata atau mengundang kontr0versi. LMK (Little Miss Khan - panggilan Ameera) pula lebih kepada gaya hidup mewah dan tumpuan pada hubungan peribadi," antara kata-kata netizen.

Bukan itu sahaja, malah ada yang turut mendakwa Atisha seorang pelajar yang bijak dan rajin belajar.

Selain itu, netizen yang menganggap kehidupan adik beradik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa ini seolah-olah artis 'Kardashians' dari negara barat, juga dalam masa sama mengkrit1k Ameera yang dikatakan terlalu 'mencuba' (try h@rd), malah dilabel sebagai 'p1ck me girl' oleh sesetengah netizen.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: