26 June 2025

TERIMA ANUGERAH PINGAT JASA BAIK - FASHA SANDHA LUAH RASA SYUKUR, TAMPIL ANGGUN MENGENAKAN BUSANA PERTUNANGAN BERUSIA 7 TAHUN



"Terima kasih Allah di atas kurniaan dari-Mu ya Allah. Cinta hati saya, selain doa dari mama, doa suami yang buat rezeki kita tak akan putus.

"Terima kasih mama dan terima kasih suami. Syukur Alhamdulillah, hari ini hari yang bahagia buat kami. Menjunjung kasih DYMM Tuanku atas anugerah dan pingat yang diberikan."

Itulah kata pelakon Fasha Sandha yang meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima dimana dia antara selebriti yang menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Berhubung itu, Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menyifatkan anugerah dikurniakan kepadanya sebagai berkat doa daripada ibu dan suami tercinta.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Fasha menerima Pingat Jasa Baik (PJB) dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Istana Arau pada Khamis.

Pada majlis itu, Fasha yang ditemani suami tersayang, pelakon Aidil Aziz, memilih untuk menyarungkan busana pertunangannya bersama suami yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga mengenakan sepasang kasut yang merupakan hadiah daripada suami tercinta, bagi melengkapkan penampilan anggun pada hari bermakna itu.

"Pakai baju lama, baju masa tunang. Nasib ada baju 2018 Rizman Ruzaini. Selandang Rumah Kebaya Bangsar dan kasut hadiah daripada suami tercinta, I love you suami," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: