26 June 2025

KENYATAAN MAN SENOI & ISTERI ISU HAK CIPTA - AC MIZAL ENGGAN ULAS, KATA 4U2C LANTIK PIHAK BERTANGGUNGJAWAB, IKUT SALURAN BETUL



Sebelum ini, komposer dan pemegang hak cipta penuh lagu-lagu 4U2C, Man Senoi serta isterinya iaitu Mama Rap, tampil membuat kenyataan dimana mereka tidak dihubungi mana-mana pihak berkaitan penganjuran konsert kumpulan hiphop 90-an itu.

Berhubung kenyataan itu, ketua kumpulan 4U2C, Datuk AC Mizal bagaimanapun enggan mengulas, sebaliknya berkata, 4U2C melantik pihak bertanggungjawab dan mengikut saluran betul agar tidak timbul sebarang isu hak cipta lagu yang akan dipersembahkan di acara WE 4U2C Live in Concert pada 15 September depan.

"Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara itu kerana saya sendiri sudah lama tidak ada sebarang kaitan dengan mereka. Fokus saya sekarang hanyalah pada konsert ini sahaja.

Klik untuk gambar besar

"Segala urusan lain akan dikendalikan oleh pihak yang bertanggungjawab," ujar AC yang tidak mendedahkan siapakah pihak yang akan menguruskan perkara itu serta berkata, 4U2C juga akan mempersembahkan tiga lagu baharu yang mana, menurutnya tidak akan menjadi mas@lah.

"Kita juga ada banyak lagu yang akan dipersembahkan, termasuk tiga lagu baharu dan sebagainya. Jadi, bagi saya tiada sebarang masalah kerana semuanya diuruskan dengan baik oleh pihak berkenaan," katanya.
Disamping itu, AC memberitahu, 4U2C yang dianggotai dirinya bersama Aren, Yanz, Rinz, Lanz dan Charlie, kini sedang giat menjalani sesi latihan untuk memperkemas persembahan mereka.

"Kami juga sudah memulakan sesi latihan. Latihan yang dijalankan agak intensif, membabitkan latihan tarian, nyanyian, dan banyak tertumpu kepada aspek persembahan secara keseluruhan," tuturnya.
WE 4U2C Live in Concert yang mengangkat tema 90-an akan mempertaruhkan lebih 20 lagu popular 4U2C dan akan berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Terdahulu, Man Senoi dan Mama Rap tampil bersuara mengenai hak cipta sepenuhnya terhadap lagu-lagu 4U2C adalah milik mereka, namun tidak dimaklumkan mengenai penganjuran konsert itu.

Selain itu, Man Senoi dan Mama Rap turut berkongsi mengenai permulaan 4U2C yang dikumpulkan oleh mereka berdua dan proses perjuangan untuk memastikan kumpulan itu dapat mencipta nama dalam industri seni tanah air.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: