26 June 2025

BERJAYA KUASAI BAHASA ARAB - NEELOFA LUAH RASA SYUKUR MIMPI JADI KENYATAAN : "MACAM TAK PERCAYA BOLEH SAMPAI TAHAP INI"



"Macam mimpi jadi kenyataan, dari dulu selalu doa nak kuasai bahasa Arab (untuk faham Quran, baca Quran macam baca buku cerita, nak belajar lebih tentang hadith, nak bercakap kalau di Tanah Suci).

"Tapi tak tahu macam mana nak jadikan realiti, sebab sebelum ini dah cuba banyak kali ambil kelas tapi separuh jalan, sebab sus@h, sebab 'mindset', sibuk dan macam-macam.

"Tapi saya tetap doa, terutama malam-malam mustajab. Walaupun harapan dalam hati sangat nipis, saya tetap yakin Allah dengar."

Demikian tulis selebriti popular, Noor Neelofa menerusi media sosial, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila impian lamanya untuk menguasai bahasa Arab akhirnya menjadi kenyataan.

Akui Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, dia sudah beberapa kali menyertai kelas bahasa Arab, namun usahanya sering terhenti di pertengahan jalan disebabkan pelbagai kek@ngan.

Dalam pada itu, kakak kepada Ameera Khan itu turut meluahkan rasa terkejut dengan kemajuan dirinya dalam pembelajaran bahasa Arab kerana sudah berada di bab ke-10 dalam buku pertama.

Klik untuk gambar besar

Ujar Neelofa, dia masih jauh lagi perjalanannya dan berdoa agar dipermudahkan buatnya untuk menguasai bahasa Arab agar mudah memahami Al-Quran.

"Sekarang sudah bab 10 untuk buku 1. Masih jauh perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai tahap ini.

"Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai bahasa Arab. Semua milik Allah, moga Allah rezekikan untuk pinjamkan ilmu ini sepenuhnya suatu hari nanti, Insya-Allah," tulisnya.

Perjalanan penghijrahan Neelofa sentiasa menjadi sumber inspirasi khususnya dalam kalangan wanita yang berusaha memperbaiki diri serta kekal istiqamah.

Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: