Semua sedia maklum mengenai penganjuran konsert kumpulan hip pop terkenal era 1990-an iaitu 4U2C, WE 4U2C Live in Concert yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 15 September depan.
Bagaimanpun, komposer dan penerbit iaitu Man Senoi dan isterinya, Mama Rap yang juga pemilik hak cipta lagu-lagu 4U2C tampil mendakwa tidak dihubungi mana-mana pihak berkaitan penganjuran konsert tersebut.
Berhubung itu, Man Senoi atau nama sebenarnya, Othman Masri, 72, dan isterinya, Ramziah Mohamed Noor, 62, berkata, mereka sepatutnya dimaklumkan perkara ini kerana mempunyai hak sepenuhnya terhadap hak cipta lagu-lagu 4U2C.
"Mereka tandatangan sebagai artis di bawah syarikat kami, Zman Production. Kami yang kumpulkan mereka dan buat sesi uji bakat. Sebelum itu mereka menyanyikan lagu rock.
"Apabila dah cukup semua tujuh anggota, kami mula mencari syarikat rakaman tapi tak diterima dan tanya boleh jual ke konsep rap.
"Hidup kami sangat 'struggl£'. Jual rantai emas untuk buatkan baju mereka, nak bayar kos latihan mereka. Kami buat publisiti awal di akhbar dan peminat dah mula menggilai 4U2C," jelasnya.
Jelas suami isteri ini lagi, tempahan awal sebanyak 50,000 unit membuatkan keyakinan mereka bertambah untuk mengeluarkan album sulung 4U2C pada 1992.
"Ketika itu belum ada nama. Kami akhirnya sepakat letakkan nama 4U2C dan berada di bawah pengurusan kami sepenuhnya dan syarikat rakaman BMG adalah pihak ketiga yang juga pengedar.
"Selepas album kedua, berlaku perges£ran antara kami dan ia berakhir di mahkamah dengan kemenangan kepada pihak kami. Namun, mereka ada juga mainkan lagu kami dalam persembahan sedangkan itu hak kami.
"Memang ada perasaan nak sam@n tapi apabila mengenangkan anggota lain, maka kami lepaskan. Tapi sekarang dah tak boleh lagi berkompr0mi," tuturnya.
Klik untuk gambar besar
"Jangan main-main dengan hak cipta. Undang-undang hak cipta di Malaysia sudah kuat. Jangan main-main. Kalau nak buat, buat betul-betul. Bukan kita larang kamu pakai, tapi kita tak nak kamu memperk0tak-k@tikkan hak cipta. Saya pernah berada dalam tribunal hak cipta dan tahu benda ini.
"Jangan cuba nak main ap1. Ini bah@ya. Nanti kasihan perniagaan itu tak jadi. Tiket tak laku dan beberapa benda lagi, tak tahulah. Memang ini kebenaran. 'Track' itu kita yang bayar duit.
"Kita yang bayar pr0duksi semua," ujarnya, dimana menurut, semua 25 lagu itu hak milik mereka sepenuhnya dan anggota 4U2C tidak mengeluarkan apa-apa kos pun.
"Mereka cuma artis. BMG juga tak keluarkan duit. Jangan nak buruk-buruk pasal r0yalti kerana semua tu kita dah bayar terus kepada BMG untuk bayar mereka.
"Nak buat konsert kena ambil p£rmit. Ambil betul lagu itu dah dapat hitam putih. Dah dapat kelulusan daripada MACP dan syarikat rakaman. Itu yang betulnya.
"Baru penganjur itu boleh buat konsert. Kalau tak, tak boleh buat memb@bi but@. Nanti boleh kena sam@n. Sam@nnya sangat-sangat mahal. Jangan main-main," ulasnya yang turut memaklumkan, dia dan isteri bagaimanapun masih membuka pintu untuk perbincangan lanjut dengan penganjur yang akan disertai peguam.
"Dengan budak-budak ini kita tak nak bercerita apa-apa. Budak-budak ini bukan dia b0doh. Umur semua dah 50 tahun lebih. Tapi kita nak, apa yang kita nak buat sekarang, buatlah benda betul-betul.
"Jangan buat lebih kot0r. Dahlah nama kot0r kau tinggalkan kita. Kita tak akan setuju kalau kau buat sendiri tanpa kebenaran kita. Saya akan berjuang sepanjang masa untuk tegakkan hak," katanya.
4U2C menc£tus fenomena pada awal 1990-an selepas tampil dengan album sulung berjudul 4U2C yang mel£tup dengan lagu Fiona, Kami Rappers, Hip Hop Tip Top Si Jantungku, Suara Asia dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment