"Ya, saya sedang dalam fasa mengenali seseorang dengan lebih rapat. Saya selesa dengan apa yang sedang berlaku sekarang, tetapi buat masa ini saya memilih untuk tidak berkongsi siapa individu itu kerana lebih menghargai privasi hubungan ini."
Itulah jelas kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, dimana dia dilihat lebih tenang dan bersedia membuka ruang untuk cinta baharu selepas melalui pelbagai fasa dalam kehidupan berumah tangga.
Nabila yang enggan merahsiakan status dirinya berkata, dia kini sedang mengenali seseorang namun memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka mengenai identiti jejaka tersebut demi menjaga privasi hubungan yang masih di peringkat awal.
Penjelasan Nabila itu secara tidak langsung menyangk@l sp£kulasi yang mengatakan dirinya kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suaminya, pelakon Sharnaaz Ahmad, selepas mereka kerap dilihat bercuti bersama.
Kata Nabila, hubungannya dengan Sharnaaz kini hanya tertumpu kepada tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.
Klik untuk gambar besar
"Kami lebih selesa sebagai sahabat dan fokus utama kami adalah memberikan yang terbaik untuk Jayden," tuturnya yang turut menyatakan, keutamaannya kini adalah untuk membesarkan anaknya dengan baik serta menjalani kehidupan yang lebih tenang tanpa tek@nan daripada mana-mana pihak.
"Saya kini lebih menghargai masa dan memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup saya.
"Kehidupan ini bukan tentang menunjuk kejayaan, sebaliknya kepuasan dalam mencapai keseimbangan antara kerjaya, keluarga, dan kebahagiaan diri sendiri,.
"Lagipun saya sudah melalui banyak pengalaman dalam hidup, dan kini saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
"Jika hubungan ini membawa kepada sesuatu yang lebih baik, saya bersyukur. Namun, buat masa ini, biarlah kami jalani hubungan ini dengan tenang tanpa perhatian yang berlebihan," ujarnya.
Untuk makluman, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada Mac 2017, sebelum bercerai pada Julai 2020.
Nabila kemudiannya berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan tersebut berakhir pada tahun berikutnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment