11 June 2025

"JANGAN JUMPA ANAK, SAYA HAR4MKAN SEMUA ITU... SAYA ADA KELUARGA YANG MAMPU JAGA & DIDIK KALAU SAYA SUDAH TIADA NANTI" - FARA SALLEH TOLAK RAYUAN SHUK UNTUK RUJUK



"Atas apa yang jadi termasuk semua tuduhan dan g@ngguan serta urusan dia sul1tkan hal (pendaftaran perkahwinan), jangan jumpa anak. Saya har@mkan semua itu. Saya ada keluarga yang mampu menjaga dan mendidik anak saya kalau saya sudah tiada nanti."

Demikianlah kata Fara Salleh, 33, dimana dia mengharamkan Shuk Sahar berjumpa dengan anak mereka sekiranya dia meninggal dunia ketika bersalin.

Ujar Fara, dia n£kad untuk bertindak demikian bagi memberi pengajaran buat pelawak itu selepas segala g@ngguan yang dibuat.

Selain itu, Fara berkata, sekiranya dirinya meninggal dunia ketika bersalin, dia yakin keluarganya mampu menjaga dan memberikan pendidikan terbaik buat anaknya.

Bukan itu sahaja, malah Fara juga menghar@mkan keluarga mentua untuk bertemu dengan anaknya, namun akan mengubah fikiran sekiranya mereka memberi kerjasama dalam menyelesaikan urusan membabitkan mereka.

"Saya harap dia sampaikan perkara ini kepada mak dan ayahnya. Tapi mungkin saya akan ubah fikiran sekiranya ada kerjasama daripada pihak keluarga Shuk berhubung isu pendaftaran perkahwinan dan penceraian ini.

Klik untuk gambar besar

"Saya tidak mahu apa-apa lagi daripada mereka, saya hanya mahu selesaikan isu rumah tangga ini dengan segera," tuturnya yang terkil@n apabila Shuk didakwa tidak hadir ke mahkamah pada Selasa bagi proses pendaftaran perkahwinan dan penceraian mereka.

Ulas Fara lagi, pelawak berkenaan didakwa sengaja melengahkan k£s, meskipun peringatan sudah berulang kali dibuat tetapi Shuk sebaliknya memilih untuk bercuti bersama anak-anak hasil perkahwinan dengan bekas isteri, Rossa Sera.

"Bab mahkamah ini semua memang saya gunakan orang ketiga sebab saya tidak akan dapat berbincang sendiri dengan Shuk. Tengoklah apa yang saya kongsi mesej dia di media sosial, dia akan mel@lut. Walhal dia sudah dapat peringatan untuk ke mahkamah sebulan yang lalu.

"Malah seminggu lalu dan semalam pun pihak ketiga ada ingatkan dia, tapi akhirnya dia pergi bercuti dengan anak-anaknya dan melengahkan urusan mahkamah kami," jelasnya.

Tidak hanya itu, Fara turut mendakwa Shuk sengaja melengahkan urusan proses penceraian mereka disebabkan dia enggan kembali rujuk dengan pelawak terbabit.
Ini kerana jelas Fara, dia enggan perkara sama berulang kali dan kerana itu, permintaan Shuk yang sebelum ini pernah memujuk untuk mereka kembali rujuk, tidak dilayan olehnya.

"Ya dia ada minta untuk kami rujuk semula, tapi dengan cara paling tak bermaruah. Kita orang Melayu ada ibu bapa kalau nak rujuk kena ada adab bukan guna ayat macam itu (kiriman mesej).

"Saya tak nak rujuk sebab memang dah tak nak dekat dia. Saya tak nak baca buku yang sama sekali lagi (perkara berulang), takkan ada penghujung. Cukuplah setahun ini jadi isteri dia, tak sanggup nak hadap benda sama," t£gasnya.

Pada April lalu, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara menerusi panggilan telefon dan perkara itu dikongsikan Fara menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Menurut Fara, Shuk melafazkan cerai itu ketika berada di Thailand dan tidak mengetahui tujuan pelawak itu melakukan tindakan tersebut ketika berada di negara berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: