12 June 2025

"SAYA SUDAH S£RIK (NAK BELI KERETA BAHARU) & MER4NA NAK BAYAR (HUT4NG)" - AZLEE SENARIO NAFI BERSIKAP RIY4K, TAPI HANYA SEKADAR LUAH RASA SYUKUR



"Perkongsian dibuat sebelum ini bukannya niat untuk menunjuk-nunjuk saya ada dua kereta yang sudah selesai dibayar.

"Tujuan saya kongsikan di media sosial untuk meluahkan rasa syukur kepada Allah kerana selepas 11 tahun akhirnya saya berjaya melunaskan pinjaman bank.

"Perasaan terlalu gembira apabila dapat melangsaikan hut@ng kereta. Saya tiada niat nak bersikap riy@k, hanya nak meluahkan rasa syukur saja."

Itulah jelas pelawak Azlee Senario dimana katanya, dia tidak berniat untuk bersikap riy@k apabila berkongsi kegembiraan berjaya membayar komitmen bulanan bagi dua buah kereta miliknya baru-baru ini.

Berhubung itu, Azlee atau nama sebenarnya, Muhammad Azlee Jaafar, 58, berkata, perkongsian yang dibuat hanya untuk meluahkan rasa syukur kepada Allah selepas urusan bayaran balik pinjaman bank dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar

Azlee dalam masa sama turut memberitahu, dia juga mahu mengingatkan kepada masyarakat tentang pentingnya sikap disiplin dalam menyelesaikan hut@ng.

Ujar Azlee, selagi tidak melunaskan bayaran harta dimiliki, ia masih menjadi hak milik bank.

"Ada juga netizen yang cakap orang lain pun pakai kereta juga, tak ada nak beritahu kereta dah habis bayar ke tak.

"Perkara utama saya nak sampaikan adalah kita kena berdisiplin dalam membayar hut@ng. Bila kita disiplin, harta (kereta) itu akan jadi milik kita," ujarnya.
Disamping itu, Azlee juga mengulas lanjut berkenaan perancangan masa hadapan, dimana dia tidak berhasrat membeli kenderaan baharu kerana tidak mahu dib£bani hut@ng.

"Saya tak ada perancangan nak beli kereta baharu. Saya sudah s£rik dan mer@na nak bayar. Dua buah kereta yang ada ini pun Insya-Allah saya akan jaga dengan baik.

"Kalau beli kereta baru sekarang, nanti lagi 9 tahun umur saya berapa pula? Itu pun entah saya sempat langsaikan hutang atau tidak. Nanti beban untuk waris pula," ujarnya.

Sebelum ini, Azlee memuat naik sebuah hantaran di media sosial miliknya memaklumkan, dia bersyukur kerana sudah bebas daripada membayar komitmen bulanan bagi dua buah kereta miliknya.

Jelas Azlee, dua kenderaan tersebut sudah selesai dibayar selepas lebih sedekad berjuang menyelesaikan hut@ng berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: