18 June 2025

SANGGUP HABIS RM500,000 BUAT MAJLIS KAHWIN, BELANJA BESAR UNTUK 'HONEYMOON' - MAS KHAN MAHU ISTERI SENTIASA GEMBIRA



"Tidak kisah berapa habis sekalipun, apa yang penting adalah memori yang dicipta itu kekal selamanya. Bagaimanapun perlulah buat kira-kira juga.

"Rancangan asal kami mahu ke Maldives, tetapi sebab kekangan masa selepas bernikah kami tukar destinasi. Kami sudah ke Bali (Indonesia) untuk mini honeymoon.

"Selepas selesai majlis resepsi mungkin kami akan ke Jepun atau Eropah," ujar pelakon Mas Khan, dimana dia sanggup berhabis untuk sebuah majlis perkahwinan dan juga tidak akan berkira untuk mengeluarkan belanja besar bagi tujaan berbulan madu.

Klik untuk gambar besar

Ini kerana bagi Mas Khan atau nama sebenarnya, Mad Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 31, sebagai suami dia hanya mahukan isterinya iaitu Anatasha Atiqah Diana sentiasa gembira tanpa terlalu memikirkan soal wang ringgit.

Pada 25 Mei lalu, Mas Khan dan Anatasha selamat melangsung pernikahan yang diadakan di Kuala Lumpur.

Mereka kemudian diraikan dalam satu majlis resepsi di Genting Highlands, Pahang pada 14 Jun dengan penuh mewah bertemakan 'Cr@zy Rich Asian'.
Apa yang menariknya, Mas Khan bukan hanya mengeluarkan belanja berjumlah RM500,000 untuk majlis berkenaan, malah dia juga memberi pelbagai hadiah istimewa termasuk wang tunai buat tetamu yang hadir.

Sementara itu, berkongsi fasa baharu dalam kehidupan, Mas Khan mengakui, dia kini lebih tenang dan bahagia kerana berkahwin dengan wanita yang cukup memahami dirinya.
"Rasa tenang yang cukup berbeza... bangun pagi ada orang di sebelah dan balik kerja pula isteri tunggu.

"Kadang-kala penat juga kena hantar isteri pergi kerja walau ada driver. Tetapi tak mengapa, saya layankan sahaja. Satu hari penat ini akan dirindui. Penat akan hilang bila melihat senyum isteri.

"Walau ada ketika berg@duh kecil hanya kerana siapa mahu lipat baju. Bila kawan baik jadi isteri, hidup akan rasa cukup... sangat berharga," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: