18 June 2025

AMIRA OTHMAN TERIMA BUNGA LAGI : "TERIMA KASIH BANG LONG (FATTAH AMIN)" - ADIK : "SENYUM LEBAR... PATUTNYA KALAU ORANG TAK SIHAT TAK SENYUM MACAM TU"



"Terima kasih Bang Long (Fattah). Bang Long kalian paling manis. Lain hari lain bunga katanya."

Itulah tutur penyanyi dan pelakon, Amira Othman, dimana dia berkongsi foto menerima dua jambangan bunga mawar merah jambu dan ungu yang dipercayai dikirim pelakon Fattah Amin atau lebih mesra disapa 'Bang Long'.

Perkongsian Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, yang diiringi lagu 'Sampai Akhir' nyanyian Judika, dimuat naik di media sosial dan ia telah mendapat perhatian ramai.

Meskipun beberapa kali men£gaskan hubungan mereka hanya sekadar 'rakan sekerja', kemesraan antara Fattah dan Amira terus meraih tumpuan.

Sebelum ini, pelakon drama 'Playb0y Itu Suami Aku' itu, turut menghadiahkan sejambak bunga tulip berwarna-warni sebagai tanda prihatin terhadap keadaan kesihatan Amira yang dimasukkan ke hospital akib@t ker@cunan makanan.

Menguatkan lagi sp£kulasi apabila Fattah menerusi satu hantaran terbaharu di media sosial, bertanya kepada pengikutnya, "Hari ini nak beli bunga warna apa eh?", sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.

Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata peminat mula 'merestui' hubungan mereka dan menyarankan agar Fattah terus mendekati Amira.

Klik untuk gambar besar

"Dari beli bunga, baik beli kebunnya. Dari beri bunga, baik pinang orangnya," itu antara komen netizen.

Kata Amira lagi, dia juga memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan dan mesej akib@t tek@nan dar@h yang rendah serta s@kit kepala t£ruk.

"Telefon penuh dengan panggilan dan mesej. Ada masa saya tak boleh tengok 'phone' sebab p£ning yang sangat dasy@t, mungkin sebab dar@h hari-hari rendah.

"Jadi, saya minta maaf semua kalau saya tak angkat 'call', sedang berjuang dengan s@kit kepala ini.

"Terima kasih di atas doa yang baik-baik. Semoga kita sihat dan dilindungi selalu," jelasnya.
Selain berkongsi keadaannya, Amira dalam masa sama juga turut memuat naik beberapa foto jambangan bunga yang diterima, termasuk daripada 'rakan sekerja' yang kini hangat diperkatakan ramai.

Baru-baru ini, perkongsian Fattah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar memaparkan Amira sedang memegang jambangan bunga tulip, malah dia turut mendoakan agar 'rakan sekerja' itu segera sembuh.

Namun apa yang lebih menjadi perhatian, adik kepada Amira yang juga penyanyi, Irfan Haris ada mendedahkan situasi yang berlaku ketika Fattah melawat kakaknya di hospital.

"Lepas habis kerja tu saya buka media sosial, saya tengok kakak saya tengah senyum. Senyum yang lebar. Patutnya kalau orang tak sihat tak senyum macam tu. Tapi dapat bunga dari 'rakan sekerja' so dia senyum macam tu.

"Bila saya tengok tu, saya 'blur' juga t@kut siapa yang bocorkan rahsia. Tapi tengok-tengok Abang Long yang post," ujar Irfan yang turut berkata, dia bersama ibu bapanya turut 'blushing' melihat senyuman Amira dan Fattah.

Malah, Irfran turut berselor0h mengatakan : "Ambil sajalah bumi ni. Abang Long ada (dekat hospital) dah, dia yang post maksudnya dia ada lah. Sampai bunga pun saya tak tahu ada berapa kuntum. Yang penting saya tengok senyuman kakak saya dan senyuman Abang Long.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: