"Dia seorang suami yang baik dan masih terbaik di mata aku," kata isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz dimana dia menjawab pertanyaan mengapa masih bertahan dengan suaminya itu.
Nilam yang sebelum ini pernah berdepan g@ngguan mist1k sehingga kandungan terdahulu pernah hilang secara tiba-tiba akib@t g@ngguan sih1r itu telah berkongsi mengapa dia masih setia menjadi isteri Azlan.
Selain itu, Nilam menerusi perkongsian di media sosial miliknya turut mengesahkan dirinya kini sedang hamil dan dalam masa sama memohon orang ramai untuk mendoakan anak yang berada dalam kandungannya itu selamat.
"Aku tak minta banyak dari korang cuma doakan supaya kandungan aku yang ini selamat semuanya. Doa yang baik-baik maka yang baik juga akan datang kepada korang," tulisnya.
Sebelum ini, isu rumah tangga Azlan dan Nilam menjadi tumpuan ramai selepas mendedahkan pelakon itu berhasrat untuk berp0ligami.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment