"Keadaan saya sekarang biasa-biasa saja. Tapi memang sedihlah bila teringatkan dia (arwah isteri). Sekarang kalau ke mana-mana pun dengan anak sulung saya yang uruskan.
"Bagi sumber pendapatan, saya sudah tidak menyanyi lagi. Saya tak boleh nyanyi pun. Memang saya tidak boleh menyanyi."
Demikian jelas penyanyi Ali XPDC, 57, dimana dia mengakui masih berasa sedih mengenangkan peng0rbanan isterinya, Allahyarham Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, yang meninggal dunia akib@t kans£r payud@ra pada 6 April lalu.
Walaupun sudah dua bulan isterinya itu 'pergi' buat selamanya, Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, berkata, perasaan sedih dirasai tidak pernah hilang sehingga kini.
Disamping itu, Ali yang popular dengan lagu 'Bunga Angkasa' ini memberitahu mengenai aktivitinya untuk meraih pendapatan kerana sudah tidak menyanyi, dimana dia kini aktif berniaga dengan menjual barangan secara 'online' di media sosial bersama Empire Daie Ejay Collection.
"Baru-baru ini, saya dapat menjual tiga buah motosikal selepas 'live' di media sosial. Jadi, dari situlah pendapatan saya dibayar menerusi komisyen.
"Saya pun tidak bersiaran langsung selalu, tapi jualan di media sosial memang membantu saya. "Dari segi pendapatan saya, memang ia daripada hasil jualan di media sosial, Alhamdulillah.
"Saya sangat bersyukur pada rezeki Allah kerana saya perlu sibukkan diri dengan kerja untuk lupakan kesedihan," tuturnya yang kini bergelar datuk kepada seorang cucu perempuan berusia dua bulan.
Dalam pada itu, Ali mengakui, kehadiran cucunya juga adalah terapi dirinya untuk melupakan kesedihan hati yang dirasakan.
"Kalau nak kata 'hilang sayap' selepas ketiadaan isteri, memang saya rasainya. Tapi, Allah sudah berkehendak begitu dan saya harus menerimanya dengan reda serta sabar.
"Saya akan berusaha meneruskan kehidupan ini sebaiknya dan Alhamdulillah, tahap kesihatan saya juga semakin baik. Saya juga sudah boleh berjalan, Insya-Allah," ujarnya.
Sebelum ini, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah sejak 24 Mac lalu, manakala isterinya pula, Allahyarham Sharifah Azuwanna dirawat di Hospital Putrajaya.
Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di hospital itu selepas dua minggu menerima rawatan dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi pada sebelah malamnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment