"Alhamdulilah kehidupan saya sekarang ni selepas berhijrah macam senang saja dan dipermudahkan dalam semua kerja.
"Mula-mula dulu memang rasa sus@h sikit untuk mengayakan sebab saya sejenis yang suka bersukan tapi lama-kelamaan saya makin selesa dan tenang dengan imej baru ni."
Itulah kata pelakon Ozlynn dimana hidupnya kini lebih tenang selepas membuat keputusan untuk berhijab selepas pulang menunaikan ibadah haji pada tahun lalu.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, Ozlynn turut berkongsi, dia banyak menerima tawaran berlakon sejak berhijab dan berhubung itu, dia menzahirkan rasa syukur, namun terpaksa menolak kerana perlu uruskan perniagaan.
"Alhamdulilah tak sangka pula makin banyak tawaran berlakon yang saya dapat sekarang ni lepas bertudung selalunya makin kurang tapi ini sebaliknya, tapi terpaksa tolak sebab sibuk dengan urusan perniagaan," tuturnya.
Dalam pada itu, ujar Ozlynn, kata-kata suaminya iaitu Johan Raja Lawak telah menyentuh hatinya untuk kekal istiqamah dalam berhijab, malah dia menyifatkan kata-kata suaminya itu sebagai doa.
"Dia kata pakai kerana Allah, jangan pakai kerana saya sebab saya boleh meluk@kan awak, Allah takkan pernah meluk@kan awak, dia cakap macam tu. Daripada dulu lagi dia dah 'encourage' cuma dia tak ada paksaan," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment