Berikutan kemunculan penyanyi Ernie Zakri, 33, pada Aura: Ernie Zakri Live In Concert di Singapura, Sabtu lalu, ada segelintir netizen mendakwa isteri kepada penyanyi Syamel itu kini sedang 'berbadan dua'.
Berhubung itu, Ernie tampil menafikan dakwaan terbabit, serta berkata, buat masa ini dia belum lagi ada rezeki hamil cahaya mata kedua sekali gus menyangkalnya dengan memaklumkan dakwaan 'baby bump' itu berpunca daripada busana dipakainya.
"Saya belum hamil lagi dan tidak pernah menolak jika ada rezeki anak kedua. InsyaAllah doa-doakan. Tapi, setakat hari ini mungkin saya nampak g£muk (di perut) sebab makanan.
"Malah, mungkin juga disebabkan baju yang saya pakai ketika itu distrukturkan sebegitu (agak besar yang menampakkan seperti 'baby bump') kerana ia memang sedikit kembung di depan," ujar penyanyi lagu 'Masing-Masing' itu.
Dalam pada itu, Ernie berkata, dia juga semakin terbiasa dengan dakwaan netizen yang beranggapan dirinya hamil anak kedua sejak tahun lalu, namun masih belum ada rezeki.
"Biasalah peminat memang sangat gembira dengan apa saja berita yang mereka nampak daripada saya seperti kehamilan ini kerana mahu meraikannya. Tapi, awal sangat mereka nak raikan itu.
"Saya masih belum maklumkan apa-apa lagi (kini hamil). Apapun, saya tidak menolak atau cuba nak menafikannya. Bagi saya, jika ada rezeki anak kedua okay saja.
"Bagaimanapun, ketika awal-awal dulu memang saya ada sedikit rasa rimas apabila sering dikaitkan dengan hamil. Tapi, sekarang saya amat memahaminya dan faham peminat suka meraikan apa yang membahagiakan kehidupan saya.
"Malah, saya bersyukur dan perlu melihatnya (dakwaan hamil diperkatakan) daripada perspektif yang lain juga. Saya tak boleh lagi rasa orang cakap saya gemuk dan sebagainya," katanya.
Jelas ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini lagi, dia merasakan dirinya sentiasa kurus serta men£gaskan dakwaan mengaitkan kehamilan itu memang disebabkan baju yang dipakai
"Saya sentiasa rasa kurus saja. Tapi, mungkin sebab baju. Kadang-kadang bila berhijab ini ada satu kesuk@ran untuk berfesyen. Tapi, saya tetap rasa baju gaun itu terbaik.
"Bagaimanapun kalau peminat menyangka saya mengandung, saya terima saaja. Saya dan suami setakat ini masih merancang disebabkan kerjaya dan mahu membesarkan Khawla yang akan masuk sekolah minggu depan," tuturnya.
Untuk makluman, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment