16 June 2025

"SAYA MEMANG AKTIF BERITAHU SEMUA ORANG, SAYA TENGAH TTC..." - JANNA KATA FOKUSNYA KINI UNTUK DAPATKAN ZURIAT, BUKAN DALAM INDUSTRI LAGI



"Fokus saya bukan lagi dalam industri, fokus saya adalah untuk nak dapatkan zuriat. Kalau ada Insya-Allah.

"Saya memang aktif beritahu semua orang, saya tengah TTC (Trying To Conceive - berusaha untuk mengandung) supaya orang elak untuk bertanya sebab saya tengah cuba.

"Bila kita tak beritahu, orang bertanya, kita akan terasa. Kita kena beritahu 'Saya tengah cuba mak cik, sabar'."

Klik untuk gambar besar

Itulah jelas Janna Nick dimana pelakon dan pengacara itu berkongsikan dia kini tidak lagi memberikan fokus dalam industri seni selepas dilihat sudah jarang muncul di kaca televisyen.

Janna yang berkata demikian menerusi program Hello Doktor itu secara terbuka berkongsikan fokusnya kini adalah untuk mendapatkan cahaya mata.

Pada November tahun lalu, Janna tidak dapat mengawal em0si dan menangis serta meminta orang ramai berhenti bertanyakan mengenai soal anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: