Pengarah Murali Abdullah, 62, baru-baru ini menerusi media sosial telah berkongsi luahan penuh syukurnya serta detik-detik menyentuh hati bersama anak perempuannya yang kini setia menjaganya di hospital.
"Dulu, 24 tahun lalu, saya mandikan dan suapkan dia. Hari ini dia pula mandikan saya dan menyuapkan saya makan pula. Amin. Allahuakbar. Alhamdulillah."
Perkongsian Murali yang juga pemenang trofi Pengarah Terbaik Drama Anugerah Skrin 2010 =Ia tular di media sosial, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang tersentuh melihat kasih sejati antara bapa dan anak.
Ramai yang memuji sikap anak perempuan Murali yang bukan saja menjaga bapanya dengan penuh dedikasi, malah menjadi lambang anak solehah yang berbakti dan setia di saat bapa diuji kesihatan.
"Alhamdulillah, cantiknya anak perempuan abang. Saya pun harap suatu hari nanti, anak saya juga akan buat perkara yang sama. Umurnya pun 24 tahun juga," itu antara komen netizen.
Sempena sambutan Hari Bapa semalam, ramai mengambil kesempatan mendoakan kesihatan Murali serta menzahirkan rasa hormat terhadap anak perempuannya yang dianggap contoh terbaik anak berjiwa besar.
Murali kini masih dirawat di sebuah hospital di Kuala Lumpur selepas mengalami s£rangan jantung pada malam Aidiladha, baru-baru ini.
Terdahulu, pada hujung November 2018, Murali mengalami s@kit sar@f sehingga tangan kanannya tidak boleh bergerak. Dia menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan kembali pulih selepas itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment