"Dia dah bertunang! Semoga Allah permudahkan segala urusan," kata penyanyi terkenal, Datuk Sheila Majid dimana dia berkongsi berita gembira anak sulungnya yang juga penyanyi, Kayda Aziz selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya yang bernama Syafiq.
Dalam hantaran itu juga yang dikongsikan menerusi media sosial, Sheila atau nama sebenarnya, Shaheila Abdul -;:Majid, 60, meluahkan rasa syukur apabila majlis tunang anak perempuannya itu berjalan dengan lancar.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Sinaran' itu juga turut memuat naik beberapa foto sekitar majlis pertunangan Kayda atau Wan Nur Khaleda Roslan, 34, yang berlangsung di sebuah restoran di Ara Damansara, sebagai tanda kenang-kenangan.
Klik untuk gambar besar
Malah, rakan-rakan artis seperti Anuar Zain, Ning Baizura, Che Puan Sarimah Ibrahim, Noryn Aziz dan Ella turut memberikan ucapan sama dan mendoakan urusan seterusnya dipermudahkan.
Untuk makluman, Sheila pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer Roslan Aziz pada 1989, sebelum bercerai pada tahun 2000 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kayda dan Megat Abdul Majid.
Kemudiannya, Sheila kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan komposer Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis pada 2003 dan mereka dikurniakan dua orang anak, Khadeja Zaireen dan Khalifa Laila.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment