"Sepatutnya saya terbang terus ke Jeddah melalui Singapore Airlines pada Ahad lalu bersama isteri dan jemaah lain untuk menunaikan haji selepas ditaja sebuah syarikat.
"Bagaimanapun sehingga saat ini saya belum lagi berangkat ke Tanah Suci selepas difahamkan visa penerbangan itu tidak diluluskan. Sekarang sudah jadi k£s polis mengenai perkara ini, lagipun saya juga akan membuat laporan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Biar polis yang sias@t perkara itu secara lebih terperinci agar kita dapat mengetahui puncanya, tapi sejujurnya saya meletakkan harapan yang tinggi untuk pergi menunaikan rukun Islam yang kelima itu selepas semua persiapan dibuat."
Itulah jelas penyanyi legenda tanah air, Amir UK's dimana dia meluahkan nada kec£wa selepas didakwa menjadi m@ngsa pen1puan sebuah syarikat yang memberikan penajaan bagi menunaikan ibadah haji.
Akui Amir atau nama sebenarnya, Mohd Azmir Muhammad Yusof, 56, dia agak terkil@n selepas penantian yang sekian lama menunaikan ibadah itu berakhir dengan keduk@an.
Kata penyanyi itu lagi, apakan daya semuanya 'terkubur' selepas dit1pu pihak berkenaan, namun dia reda dengan ujian yang men1mpa diri dan isterinya, Sarimah Ahmad, 51.
Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Di sana Menanti Di Sini Menunggu' itu yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pada 1 Jun lalu bersama 77 jemaah lain, kini menyerahkan kepada pihak berkuasa berhubung perkara berkenaan.
Pada masa sama k£s pen1puan ini sudah berada dalam radar penyias@tan pihak berkuasa selepas laporan dibuat jemaah.
Sebelum ini, Amir meluahkan rasa syukur selepas penantiannya untuk menunaikan ibadah haji bersama isterinya bakal tertunai selepas mendapat tajaan daripada sebuah syarikat.
Amir yang pernah mengeluarkan enam album dengan 60 buah lagu itu mengakui, hampir mengalir air mata selepas namanya bersama isteri tersenarai dalam ribuan jemaah yang memohon untuk ke Tanah Suci.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment