Semalam, pihak polis telah menahan seorang pelakon dan penyanyi terkenal selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.
Mangsa yang berusia 17 tahun itu dikatakan berkenalan dengan artis terbabit di sebuah kafe tempatnya bekerja.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian S£ksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mereka kemudian bertemu beberapa kali selepas perkenalan itu, sebelum suspek membawa mangsa bertemu di sebuah hotel.
"Ketika dalam pertemuan itu suspek melakukan perbuatan amang seksual fizikal kepada mangsa. Suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Beliau berkata, kertas siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment