"Budak perempuan zaman sekarang ini, 17 macam 70 tahun muka. Boleh tak jadi kanak-kanak yang 'happy', pakai yang normal sikit.
"Aku bukan nak cakap apa tau, kadang-kadang budak perempuan zaman sekarang ini, umur 17, 16, dia punya cara pakaian kalah umur 30 lebih. Kita pun jadi confuse.
"Lain kali kalau nak bercinta dengan aku tunjuk IC dulu. Budak perempuan zaman sekarang ini tidak boleh dipercayai mengenai umur."
Ujar pelakon Sharnaaz Ahmad dimana katanya, ramai perempuan yang masih di bawah umur pada zaman kini sudah pandai bergaya dan ekspresi dengan fesyen sehingga menampakkan mereka lebih matang dari usia.
Sharnaaz berkata demikian ketika menjawab pertanyaan netizen ketika siaran langsung baru-baru ini apabila ditanya tentang isu yang sedang hangat membabitkan penyanyi, Naim Daniel.
Klik untuk gambar besar
Kata Sharnaaz, dia tidak mahu sesuka hati memberikan komen tentang perkara yang melibatkan Naim, sebaliknya mendoakan m@ngsa dan penyanyi itu dalam keadaan baik serta tunggu keputusan daripada mahkamah.
Dalam pada itu, tutur Sharnaaz, ramai perempuan yang masih di bawah umur pada zaman kini sudah pandai bergaya dan ekspresi dengan fesyen sehingga menampakkan mereka lebih matang dari usia.
Malah, pelakon filem 'Bl00d Brothers' itu turut berselor0h, mana-mana perempuan yang mahu berkenalan dengannya perlu membuktikan mereka sudah mencapai usia matang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment