08 July 2025

ACARA SEKOLAH ANAK - FATTAH AMIN MINTA MAAF TAK DAPAT HADIR, TETAP BANGGA DENGAN FATIMA



"Saya harap saya boleh berada di sana dengan kamu, sayang. Saya minta maaf. Daddy (panggilan Fattah) kena bekerja."

Demikian tulis pelakon Fattah Amin menerusi media sosial miliknya, dimana dia tampil memohon maaf kepada anaknya, Nur Fatima Aisya, susulan tidak dapat melihat persembahan tarian tradisi sempena hari kebudayaan yang diadakan di sekolah.

Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata dia berharap dapat melihat anaknya melakukan persembahan namun kini berada di New Zealand untuk menjalani penggambaran sebuah drama.

Meskipun tidak hadir, Fattah yang turut memuat naik foto memaparkan Fatima itu memberitahu, dia sentiasa bangga dengan keberanian anaknya untuk berdiri di atas pentas membuat persembahan.

Klik untuk gambar besar

"Tapi ingat Daddy bangga dengan Fatima dan akan sentiasa bangga dengan awak. Sayang Fatima," katanya lagi.

Sebelum ini, perkongsian bekas isterinya iaitu pelakon dan usahawan, Nur Fazura menjadi perhatian ramai apabila tiada kelibat Fattah di acara sekolah anak mereka.

Untuk makluman, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017, namun jodoh mereka berakhir pada 7 Oktober tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: