"Dah lama saya tak main tarik tali (bergurau), apa boleh saya katakan sekarang hanyalah doakan yang terbaik buat saya. Tiada tarikh lain, yang penting sekarang hanyalah dua tarikh untuk persembahan eksklusif saya nanti."
Itulah kata penyanyi Dayang Nurfaizah dimana dia masih lagi berdolak-dalik akan identiti sebenar jejaka yang berjaya menambat hatinya itu.
Desas-desus hubungan cinta Dayang atau nama penuhnya, Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 44, sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia sendiri mengakui sedang mengenali hati seseorang.
Jelas Dayang, dia enggan terlalu bercerita mengenai perkara itu, sebaliknya mahu lebih memberi tumpuan terhadap perkembangan kerjaya termasuk jadual persembahan bersama peminat.
Dalam perkembangan lain, Dayang menerusi majlis sidang media Janji With Dayang, mengumumkan dua tarikh persembahan eksklusifnya di Top View, Komtar, Pulau Pinang, 23 Ogos dan Tower Terrace, Menara Kuala Lumpur pada 27 September depan.
Klik untuk gambar besar
"Komposer dijemput dan akan hadir, mereka orang penting dan istimewa untuk persembahan eksklusif saya," jelasnya.
Antara komposer bagi album 'Janji' ialah Hael Husaini, Ajai, Sirkhan, Aubrey Suwito, Genervie Kam dan Audi Mok.
Sebelum ini timbul sp£kulasi Dayang mendakwa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujang selepas dia bertemu jejaka pilihan hatinya.
Biarpun mengakui dalam proses berkenalan, Dayang bagaimana tidak memberi sebarang maklum bal@s apabila ditanya tentang tarikh pernikahan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment