"Lelaki lagi sus@h nak 'move on'. Setiap doa saya, saya berkata, 'Ya Allah tutuplah n@fsu saya dengan manusia, saya tak mahu kahwin lagi'.
"Cukuplah saya dengan arwah Akiko sebab dia adalah perempuan yang membahagiakan saya, dari dia hidup sehinggalah dia meninggal dunia. Saya cuma mahu dia sahaja."
Demikian ujar usahawan dan pemp£ngaruh media sosial, Ridzokumura dimana katanya, dia tidak mahu mencari pengganti dan tidak berniat untuk mendirikan rumah tangga lagi selepas pemergian isterinya, Akiko.
Bagi Ridzokumura atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan, arwah Akiko adalah wanita yang membahagiakan dirinya, malah dia berdoa untuk tidak mahu berkahwin lagi.
Ujarnya lagi, seandainya dia berkahwin lagi, ia seolah dirinya berlaku cur@ng, selain mengenang kembali sepanjang 16 tahun perkahwinan mereka dimana setia antara satu sama lain.
"Misal kata suatu hari nanti saya kahwin lain, itu bermakna saya cur@ng dengan dia. Sepanjang 16 tahun dengan dia, kami tak pernah cur@ng jadi sampai m@ti pun begitu.
"Saya rela hidup seorang diri daripada kahwin lain. Saya setia pada yang satu sampai akhir hayat," tuturnya menerusi temu bual bersama Nona.
Terdahulu, Akiko disahkan meninggal dunia akib@t terj@tuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor pada 28 Februari.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment