"Saya sangat penat masa berbasikal, tetapi saya tak pernah putus asa. Ini pertandingan terbaik pernah saya cuba."
Itulah luah anak sulung kepada pelakon Bella Astillah iaitu Ayden Adrean, selepas kejayaannya menerusi perlumbaan International Multisport Coastal Fest di Desaru, semalam.
Ayden yang menyertai triathlon ketika usianya baru lapan tahun itu difahamkan bertanding dalam kategori Super Sprint dan perlu berenang sejauh 300 meter (m), berbasikal 10 kilometer (km) dan berlari sejauh 2 kilometer.
Klik untuk gambar besar
Ayden berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 47 minit 36 saat untuk berbasikal 10 KM dan 17 minit 7 saat untuk larian 2 KM.
Turut menjadi perhatian, Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq yang kini dikaitkan mempunyai hubungan dengan Bella itu turut menyertai 113 Triathlon memalui berenang 2.25 km, berbasikal 90 km, berlari 21 km dengan masa 6 jam 14 minit 27 saat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment